Behind lost smile
(nota - entri kali ni sangat bersifat 'diary' / peribadi..)
Situasi 1
Pernah seorang sahabat yang prihatin ni bertanya kepadaku:
Teringat aku akan satu adegan yang berlaku baru ni. Kelihatan seorang ahli keluarga pesakit datang melawat bapanya di wad tengah-tengah *malam (nota - sebab siang harinya sibuk bekerja, maka tentulah hanya dapat datang melawat malam hari).
Fokus - Behind the lost smile..
Berdasarkan situasi tersebut, aku akui aku agak kurang senyum terutamanya kepada kawan-kawan yang semakin mengenali diri (terhadap orang luar/ baru kenal, biasanya aku akan neutral dan tak nak tunjukkan perasaan ni).. Satu penjelasan (jawapan) kenapa berlakunya seperti yang demikian..
Dari satu aspek yang berbeza, mungkin disebabkan yang baik hati ni adalah mereka yang selalu dipermain dan ditindas (maka mereka sering terluka akibat penindasan tersebut)..
Demikianlah dua kemungkinan penjelasan quote tersebut. Mungkin dua-duanya boleh apply kat kehidupan aku sekarang ni.. Yang pasti disebabkan entri ni aku dah nampak kenapa aku 'hilang ceria' sejak meningkat dewasa ni..
Benarlah pepatah melayu: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Adanya watak yang hanya ambil kesempatan terhadap kita dan tak pernah prihatin pun pada keadaan kita..
Sejak kebelakangan ini, terdapat satu iklan video yang dikongsikan di sekitar laman sosial Facebook berkenaan baik hati ni.. Macam tau-tau je timing untuk nasihat aku ^-^! Jom sama-sama ambil pengajaran dan lihat iklan ni..
Dan tentulah, pada dasarnya aku perlu sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t telah berfirman bahawa:
Some other stream of thought
Situasi 1
Pernah seorang sahabat yang prihatin ni bertanya kepadaku:
"Sejak aku kenal kau ni, aku tahu kau ni seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain.. Tapi aku tengok kau macam tak ikhlas je nak tolong.."
"Meaning (maksudnya)?" - balasku
"Takde la, aku suka tengok kau tolong orang tapi mimik muka kau macam 'terpaksa'. Tak boleh ke senyum sikit? Barulah orang yang ditolong bertambah-tambah lagi gembira.."
"..."Situasi 2
Teringat aku akan satu adegan yang berlaku baru ni. Kelihatan seorang ahli keluarga pesakit datang melawat bapanya di wad tengah-tengah *malam (nota - sebab siang harinya sibuk bekerja, maka tentulah hanya dapat datang melawat malam hari).
"Doktor, boleh saya tahu perkembangan ayah saya?" - tanyanya..
"Eh, bukan saya dah terangkan ke pagi tadi?" - jawabku dengan andaian yang sorang ni ada dalam kalangan ahli keluarga yang datang melawat pagi tadi.. (nota - maaflah aku memang fail nak ingat muka orang lain)
"Tak, pagi tadi saya takde (pergi kerja). Mungkin doktor terangkan pada abang saya masa tu.."
"Jadi, tak tanya pada abang ke tentang penjelasan pagi tadi.."
"Takde la, saya ingat saya nak dengar penjelasan dari (mulut) doktor sendiri.."
"(ok, this is tiring.. >_<! and now is not a good time.. aku dah la oncall berdua je cover ward malam ni - ni ward 21 / CRW pulak panggil minta tolong untuk handle isu pesakit kat sana pula..)Maka aku layankan juga permintaan si ahli keluarga ni, kena terangkan semula perkembangan terbaru bapanya. Cerita memang aku cerita betul-betul, cuma rasa berat hati ni buatkan aku tak begitu mesra untuk bersoal jawab lagi malam-malam ni.. Setelah habis penjelasan..
"Ok, saya dah faham tentang ayah saya.. Cuma saya tak puas hati dengan layanan doktor terhadap saya.."
"Kenapa? Cik minta saya explain, saya dah explain.. Cik nak apa lagi..?"
"Takde la, saya rasa doktor macam tak 'ikhlas' nak explain kat saya.."------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fokus - Behind the lost smile..
Berdasarkan situasi tersebut, aku akui aku agak kurang senyum terutamanya kepada kawan-kawan yang semakin mengenali diri (terhadap orang luar/ baru kenal, biasanya aku akan neutral dan tak nak tunjukkan perasaan ni).. Satu penjelasan (jawapan) kenapa berlakunya seperti yang demikian..
"I am hurt too much to smile cheerfully.."Selari dengan satu kata-kata (quote) suatu masa lalu:
lost smile (gambar hiasan) |
"The kindest people are the kindest because they know what is like to be hurt the most.."Bila difikirkan tentang pernyataan tersebut, pada satu sudut memang ada benarnya. Biasanya orang yang baik adalah mereka yang telah terluka pada satu masa lalu. Namun, disebabkan pengalaman tersebutlah membuatkan mereka berbuat baik terhadap orang lain. Kononnya ditafsirkan mereka ni tak mahu orang lain mengalami nasib yang sama..
Dari satu aspek yang berbeza, mungkin disebabkan yang baik hati ni adalah mereka yang selalu dipermain dan ditindas (maka mereka sering terluka akibat penindasan tersebut)..
Demikianlah dua kemungkinan penjelasan quote tersebut. Mungkin dua-duanya boleh apply kat kehidupan aku sekarang ni.. Yang pasti disebabkan entri ni aku dah nampak kenapa aku 'hilang ceria' sejak meningkat dewasa ni..
"Jadi apakah halnya di sebalik terluka ni..?" <-- aku rasa mesti ni la persoalan orang ramai (yang baca entri ni)Dalam proses menolong orang lain ni sebenarnya kita telah mengorbankan kepentingan diri mencakupi aspek masa, tenaga, harta dan apa saja. Disebabkan pengorbanan ni, kita telah 'terluka' semata-mata untuk memenuhi permintaan orang lain. Namun, apa sebenarnya yang kita dapat? Semakin kurang orang kat dunia ni menghargai bantuan / pengorbanan kita. Ada yang berbuat seolah-olah kita tak pernah tolong langsung, dan tak mengendahkan kita bila dah senang (tipikal 'kawan hanya pada masa susah'..). Bahkan, ada yang jenis mengungkit kesalahan kita pula pada mereka pada suatu masa akan datang.
Benarlah pepatah melayu: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Adanya watak yang hanya ambil kesempatan terhadap kita dan tak pernah prihatin pun pada keadaan kita..
"And for that, i am hurt a lot, very often."
"When you have a good heart: You help too much. You trust too much. You give too much. You love too much & it always seems you hurt the most." status seorang sahabatFokus B - buat baik (siri 2)
Sejak kebelakangan ini, terdapat satu iklan video yang dikongsikan di sekitar laman sosial Facebook berkenaan baik hati ni.. Macam tau-tau je timing untuk nasihat aku ^-^! Jom sama-sama ambil pengajaran dan lihat iklan ni..
Dan tentulah, pada dasarnya aku perlu sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t telah berfirman bahawa:
- “Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka tidak sekali-kali akan diingkari…” (surah Al-'Imran 3:115)
- setiap kebaikan walaupun sebesar zarah pun tetap akan dibawa ke hari pengadilan
- dan setiap amal kebaikan Allah akan berikan balasan yang lebih baik darinya (di akhirat)
"Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya….." (Surah An-Namlu :89)
"Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)Astargfirullah~ Sesungguhnya aku hanya insan biasa, lemah dan sering diragukan tentang hakikat ini. Semoga entri ni membantu diri agar lebih ikhlas dalam berbuat kebaikan..
Some other stream of thought
- Walaupun dah jadi seorang yang telah hilang cerianya, namun aku sangat tertarik hati dan mengagumi dengan perwatakan 'ceria'. Mungkin dalam diri aku sangat berharap agar suatu masa nanti dapat kembali ceria seperti mereka
- Dalam persoalan ceria ni, seringkali aku mengimbau kisah silamku tentang kehidupan kanak-kanak ribena yang naif dan ceria - entri child at heart
- Maka dengan itu juga, aku terlibat dengan adik angkat dengan andaian kehidupan kanak-kanak adalah suci dan ceria
- tolong orang
Ulasan