nasihat dari kematian..

"Doktor, tadi kenapa pagi-pagi dah telefon saya datang??" tanya seorang pelawat, mungkin salah seorang dari waris pesakit. 
"Oh, encik ni waris kepada pesakit C.. eh? Begini ya, jom kita duduk sana dulu. Saya harap encik bertenang dulu." ujar bossku bertahap Registrar mengajak berbincang..
Apabila tiba di satu sudut, aku tahu 'breaking bad news' sedang berlaku (nota - masa ni aku sedang ikut ward round, jadi hanya dapat tengok dari jauh je.. ^-^!). Bossku menerangkan hakikat yang berlaku tentang pesakit, iaitu beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi tadi..
"TIDAAAKK! "
Kelihatan ahli keluarga yang lain (baru sampai) turut menangisi pemergian si arwah. Ada sebilangan tidak dapat menerima hakikat tersebut..
"Kesian kan encik tu.. Mesti dia sayang sangat pada pesakit C sebab sedih macam tu sekali." - bisik seorang rakan kerja aku dalam round
Melihatkan situasi ni buatku teringat saat-saatku pada kala pemergian arwah mak aku dulu.. Ya, seluruh ahli keluargaku bersedih dan menangisi pemergian beliau. Cuma pada masa tersebut, aku la tampak paling kurang menangis dalam menghadapi hakikat tersebut..
"Kau ni takde perasaan ke?? Orang tersayang pergi pun sedih macam nak tak nak je.. " < -- antara kemungkinan tohmahan orang ramai sekiranya situasi tersebut replay semula. 
"(Sedih sangat! Cuma masa tu aku dah penat menangis rehearsal pada masa mak sakit dulu. Mungkin dah sampai satu tahap aku redha akan takdir sedemikian maka jadilah aku respon sedemikian.)" - jelas aku dalam hati je ^-^! 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, lain pula jadinya hala tuju entri ni.. Asalnya aku ingin berkongsi satu nasihat / amaran hasil bacaan aku baru-baru ni.. Jom ke arah fokus:

Fokus - (khutbah 24) Amaran Malaikat Maut dan pesanan Roh kepada Ahli Keluarga..
(nota - hanya sekadar copy paste dari buku yang aku baca...)
petikan diambil dari halaman 70-71

Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
"Malaikat maut berdiri di pintu setiap rumah (sebanyak) 5 kali sehari. Sekiranya dia mendapati seseorang itu sudah selesai makan dan sampai ajalnya, lalu dia mendatangkan awan kematian di atasnya. Kemudian, kesakitan mula menghimpit dan dia mula hilang pertimbangan (sakaratul maut). Ada di antara ahli keluarganya yang menghuraikan rambutnya, menampar wajahnya, menangis kesedihan, dan meratap dengan suara yang kuat..
..Ketika itu, Malaikat maut berkata, Celaka kamu semua! mengapa kam bersedih dan meratapi (si mati pula)? Demi Allah, saya tidak merampas rezeki daripada kamu dan saya tidak mempercepatkan ajal kematiannya, saya tidak mendatanginya sebelum diperintahkan dan saya tidak mencabut rohnya selagi tidak diizinan.. Dan saya pasti akan kembali semula nanti kepada kamu sehingga saya tidak akan membiarkan seorang pun di antara kamu kekal hidup.."

Rasulullah s.a.w berkhutbah lagi..
"Demi diri Muhammad abadi di tangan Allah, sekiranya mereka dapat mendengar kata-kata malaikat (maut) itu, tentu mereka melupakan ahli keluarga yang meninggal dunia dan sebaliknya mereka akan menangisi diri sendiri..
Sehingga apabila jenazah dibawa ke atas usungan, lalu rohnya akan bangun sambil berkata, "Wahai keluargaku, wahai anakku, jangan kamu terlalu asyik dengan dunia sebagaimana dunia telah mempermainkan saya. Jangan kamu diperdayakan dunia seperti mana dunia memperdayakan saya. Saya telah mengumpul harta bagi kamu dari sumber yang halal dan tidak halal, kemudian saya meninggalkannya bagi orang lain. Dia mendapat keuntungan, sedangkan saya terpaksa menanggung hukuman. Berhati-hati terhadap keadaan yang menimpa saya.." 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi sebegini semestinya merupakan satu ingatan agar muhasabah diri sendiri agar lebih bersedia kelak. Benarlah adanya nasihat:
Orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyak membuat persediaan untuk mati, merekalah orang yang paling bijak. pergi dengan kemuliaan dunia dan akhirat. (Riwayat Tabrani)
Some other stream of thought
  • hidup hanya sementara - "Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang redha (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenteram dengannya, dan orang-orang yan tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka, disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan (Surah Yunus 10:7-8)
  • gambaran hari akhirat - antara cara efektif untuk insaf ialah apabila diperingatkan tentang hari pembalasan kelak 
  • zikrul maut ingat mati  (Blog orang lain) - ada kisah menarik berkenaan ingat mati.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)