Eksperimen monyet
Seperti biasa, aku mengikuti round pagi bersama boss Specialist, Registrar dan MO.. Ketika begitu fokus menelaah isu aktif seorang pesakit ni, tiba-tiba..
Situasi lain..
"X-Ray!" laung juruXray, kebetulan ditugaskan untuk menjalankan Chest Xray *portable (maksudnya pesakit ni tak stabil untuk turun ke bilik Xray, maka secara alternatif Xray boleh dilakukan di katil pesakit) bagi seorang pesakit berhampiran..
"X-RAAAAAYYY" jerit staf mengingatkan semua rakan sekerja..Kelihatan semua bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cuba bersembunyi di dalam bilik tertutup ^-^! Teringatku pada kali pertama menghadapi situasi sedemikian...
"Eh, kenapa kita kena menggelabah lari eh bila ada Xray macam ni??" - tanyaku pada suatu masa kali pertama dulu..
"Kau ni belajar medik pandai-pandai pun tak tau.. Xray tu kan radiation.. Nanti kena cancer ke apa baru tau.."
" (^-^! hmm, asalnya aku faham X-ray tak sesuai untuk sebilangan golongan (eg. mengandung) tapi yang mereka yang lain-lain tu..?? Tak faham aku~ X-ray je pun... kalau CT scan ke lain lah..)" - balasku dalam diamKalau nak fikir baik pun, mungkin mereka beralasan sudah bekerja agak lama (jadi hari-hari terdedah kepada risiko radiasi X-ray jadi seboleh-boleh nak elak semampu boleh).. Sedangku imbau saat-saat silam..
"You know, this X-ray wouldn't actually harm you. You don't even had a direct hit anyway.. I don't understand this action all staff running away.. It will give bad habit to newcomer.." - ulas bossku bertahap specialist lantaran dia tidak mengelakkan diri dan bersembunyi pun ketika X-Ray tadi..
"And have you heard of this one study with group of monkeys??"Oh, aku teringat akan satu kisah yang pernah dikongsikan di laman sosial fb suatu masa tidak begitu lama dulu.. Dan ingin sekali aku kongsikan dalam entri ni..
![]() |
sumber asal dari kebanyakan laman web internet.. aku sekadar pinjam dan berkongsi sahaja.. |
Situasi lain..
"Saya dari ward XX nak tanya; kalau nak buat X-ray OPG tapi pesakit ni orang tua dah tak larat nak berdiri betul untuk seketika.. Ada alternatif lain tak supaya X-ray ni dapat dijalankan?? tinggikan katil, misalnya??" - tanyaku dalam perbualan telefon
"Tak boleh doktor, sebab prosedur X-ray OPG memang perlukan pesakit berdiri seketika.. Jadi kalau pesakit tak dapat berdiri, mungkin doktor boleh minta staf pengiring tolong pegang patient ketika X-ray nanti.." - ujar juru-Xray
"Oh macam tu eh? Boleh la kalau macam tu.. Terima kasih.."Kemudiannya, memang pesakit dirancang untuk Xray OPG sebelum dibenarkan pulang. Cuma..
"Doktor, saya tak nak la iring (dan pegang) pesakit masa X-ray nanti.. Nanti saya kena cancer nanti! Saya dah la nak kahwin ni! Kalau doktor nak sangat, doktor sendiri la pergi turun.."
"(Apakah??)" ^-^!
Ulasan