Wanted! Memory-0
(Entri ni sangat berkaitan dengan Hobi di meja tulis, jadi boleh rujuk balik untuk ingat semula)
Akhirnya aku sampai jugak niat untuk tulis berkenaan karya agung aku ni (Wanted!) Ringkasnya siri Wanted! ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang baru berpindah ke Kuala Lumpur, memulakan kehidupan remajanya di sekolah berasrama. Banyak peristiwa dan konflik berlaku melibatkan dia dan kawan-kawannya, dan kesannya dia lebih mempelajari erti kehidupan
Fokus - Wanted! Memory-0 (Zero) nota - siri sebenarnya masih di peringkat perancangan walaupun ada beberapa episod dah terbit. Insya-allah akan diusahakan sepenuhnya bila tiba masa~
Siri ini adalah sekadar selingan yang bersifat retrospektif, iaitu plot penceritaan berlatarkan masa ketika watak utama sedang bercuti menunggu keputusan PMR (timeline Wanted! Season III) di rumah, dia terjumpa diari lamanya. Teringatkan zaman kanak-kanak dulu, dia pun cuba membaca diari tersebut bagi mengenangkan cebisan kenangan lama..
nota - mungkin beberapa episod dah diterbitkan namun 'dukacita'nya dimaklumkan aku akan melakukan proses ulangkaji dan penyusunan semula episod seperti lakaran sketch gambar bawah ni..
Akhirnya aku sampai jugak niat untuk tulis berkenaan karya agung aku ni (Wanted!) Ringkasnya siri Wanted! ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang baru berpindah ke Kuala Lumpur, memulakan kehidupan remajanya di sekolah berasrama. Banyak peristiwa dan konflik berlaku melibatkan dia dan kawan-kawannya, dan kesannya dia lebih mempelajari erti kehidupan
Tapi dalam entri ni aku hanya nak ulas tentang siri Memory-0 terlebih dahulu.. Fokus!"Siri komik ni adalah bersifat sentimental sikit sebab aku menyalurkan kenangan-kenangan silam yang pernah berlaku melibatkan diri dan kawan-kawan. Namun, perlu diingatkan bahawa kebanyakan aksi-aksi yang ada adalah lebih kepada rekaan semata-mata. Tak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati" - penulis/pelukis ^-^!
Fokus - Wanted! Memory-0 (Zero) nota - siri sebenarnya masih di peringkat perancangan walaupun ada beberapa episod dah terbit. Insya-allah akan diusahakan sepenuhnya bila tiba masa~
Siri ini adalah sekadar selingan yang bersifat retrospektif, iaitu plot penceritaan berlatarkan masa ketika watak utama sedang bercuti menunggu keputusan PMR (timeline Wanted! Season III) di rumah, dia terjumpa diari lamanya. Teringatkan zaman kanak-kanak dulu, dia pun cuba membaca diari tersebut bagi mengenangkan cebisan kenangan lama..
- trivia - aku yakin masa kecik dulu tulis diari pun main-main.. tulis aktiviti harian macam tu je. Namun, kadang-kadang walau sepatah perkataan pun mampu trigger kenangan lama yang terpendam..
Istilah "memory-0 (Memory zero)" digunakan dalam musim kali ni merujuk kepada;
- Zero --> bererti 'sifar' dan sering dianggap sebagai permulaan bagi sesuatu. Dalam konteks ni, ia berkisar tentang kisah sebelum berlakunya musim pertama iaitu ketika Syed belum melangkah ke alam sekolah menengah.
- Memory --> merujuk kepada kenangan, iaitu kisah ni lebih kepada sebuah kenangan (penceritaan bersifat retrospektif)
- Selain itu, istilah memory zero juga memberi impressi bahawa si watak utama dah takde ingatan terhadap kisah silam.. ^-^! (serius aku dah lupa semua.. maaf la kawan-kawan)
musim Memory-0 terdiri dari 26 episod (berdasarkan huruf A-Z) terbahagi kepada 3 latar masyarakat yang berbeza, juga menjadi simbolik / idea bagi tema musim ini..
- Kekeluargaan (episod A-J)
- Kawan-kawan sejiran (episod K-P)
- Kawan-kawan sekolah (episod Q-Z)
Ulasan