HO arc! Episod 10
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
apabila dah tamat tagging maka seterusnya bermulalah tugas rasmi di jabatan perubatan ni....
Episod 10 - Male medical (6 September - 21 Oktober 2013)
Bertempat di SW26 itu juga. Sejak dah mula offtag ni, maka bermulalah tugas oncall malam hari >_<! alamak, takut jugak aku dibuatnya. Janganlah ada pesakit tiba-tiba collapse malam hari (dan alhamdulillah setakat ni takde pun macam tu..)
Cabaran hebat episod ni ialah aku digandingkan dengan seorang first poster, memang betul-betul junior sangat. Banyak perkara nak rujuk aku termasuklah prosedur dan ubat-ubatan lagi.. Adoi tolong la, aku bukannya terer sangat posting ni. Dan banyak kali aku kena cover balik dia.. Last-last, dia dapat tidur dan aku pula yang kena compensate tugas-tugas susah..
gambar hiasan semata-mata |
One day get away from acute cubicle ^-^! And here is some cannula training course.. Boleh la praktis puas2.. status facebook bertarikh 11 September 2013Dan bila fikirkan semula, pada 2 posting yang lalu aku memang tak yakin malah tak suka akan tugas branula ni. Banyak kali, aku meminta rakan sekerja agar supervise aku masukkan IV line ni.. Namun, sejak pulang dari kursus ni ternyata aku lebih tenang dan berani menyahut cabaran. Insya-allah, akan terus berusaha menyahut cabaran..
"Eh, tolong supervise aku masuk branula boleh tak?? Ajar aku skit.." ^-^! aku pada suatu masa dahulu..
Ulasan