[JomBaca] Psikologi Si Kecil

JOM BACA! Sasaran tahun ini 15 buku setahun.

Buku yang ke-6 ialah..

"Oh ya, buku ini bukan buku pilihan aku ^-^! lebih kepada isteri aku yang tertarik nak beli. Yang mana akhirnya aku la yang kena baca sekali. Tapi takpe, sebab ilmu buku ni mungkin boleh diguna pakai nanti nak mendidik Haniya, maka aku tak kisah.."

Psikologi Si Kecil
- 50 Pesan Psikologi Anak-anak untuk ibu bapa

Penulis    : Dr Rozanizam Zakaria 
"Seorang pakar psikiatri dan penolong profesor di Jabatan Psikiatri UIAM. MEndapat Ijazah peubatan dari Universiti of Adelaide, Australia dan Sarjana Perubatan Psikiatri dari USIM. Beliau berpengalaman  dalam bidang psikiatri  dan kesihatan mental sejak 2009 serta pernah bertugas  di pelbagai hospital di Australia dan juga Malaysia. Minat beliau dalam kesihatan menta kanak-kanak dan remaja mendorong beliau menyalurkan perkhidmatan  bagi kes kanak-kanak dan remaja di pusat perubatan sultan Ahmad Shah IIUM Pahang sejak 2017"

Penerbit    : White Coat Group Sdn Bhd.

Bil halaman/ muka surat : 288 - buku saiz B5 kot (anggaran saiz)

Deskripsi (kulit belakang)
Setiap anak tidk datang dengan anual dan tiada butang reset sekiranya kita tersilap. Namun ini tidak bermaksud anda perlu redah perjalanan ini dalam gelap
Jika anda tidak tahu dari mana hendak bermula, memamahi 'psikologi si kecil' ini boleh dijadikan langkah pertama. Ia adalah penunjuk jalan agar kita tahu di mana sempadan dan ke mana haluan.
Buku ini bukan untuk ibu bapa yang hendak menjadi sempurna, tetapi untuk mereka yang mahu belajar menjadi ibu bapa yang lebih baik pada setiap hari dan masa yang bersisa

Markah (peribadi): 4/5

Komen (peribadi)
Ada banyak ilmu baru yang aku belajar dari buku ini: baik dari segi perubatan (psikologi) mahupun dari aspek keibubapaan. Aku masih baru dari segi pengalaman keibu-bapaan, namun aku pernah perhatikan beberapa watak terdekat, jadi aku macam boleh gambarkan bayangan situasi yang dijelaskan oleh buku ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)