Cebisan Kenangan (Rumah Stapok)
Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa]
Sejak ditukarkan untuk bekerja di Kuching, aku kena mencari rumah yang lebih dekat. Rumah #1 Flat Samarindah ambil masa 1jam perjalanan sehala dengan motosikal. Kalau naik kereta, nescaya perjalanan lebih lama. Aku tak boleh macam ni. Aku lebih sukakan masa perjalanan yang pendek. Jadi mencarilah rumah sewa yang kedua..
Kediaman #2 Stapok [Mac 2018-Mac 2021]
Jenis rumah : Teres Dua Tingkat (anggaran 22 x 70 kaki persegi ^-^! entah aku tak reti keluasan rumah ni. Main agak-agak sahaja).
Hak milik : Sewa (tak rasmi)
Keterangan rumah"Rumah ini tak lain tak bukan ialah rumah keluarga angkat #2 aku yang terdahulu. Beberapa peristiwa telah terjadi maka sudahnya rumah ini sudah kosong dan boleh disewakan kepada orang luar. Mulanya tuan rumah nak cari penyewa wanita, tapi sebab hubungan yang rapat, alhamdulillah kami diberi peluang dengan sewa yang murah. Namun bersyarat juga..
- Rumah teres dua tingkat Tapi antara perjanjian aku sendiri ialah guna lantai bawah sahaja.
- Nota - sebenarnya bebas saja capai ke semua ruang rumah. Cuma bilik lain tidak disiapkan untuk kegunaan sewa. Ada barang tuan rumah banyak. Malas nak tolong urus. Jadi kami bersetuju untuk guna ruang bawah sahaja
- 4 bilik tidur, 3 tandas/bilik mandi. Tapi disebabkan persetujuan tersebut: kami hanya guna 1 bilik tidur, 1 bilik mandi
- Kemudahan perabot penuh - antara kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah ialah
- ampaian
- bilik dengan katil kelamin & almari
- ruang tamu - sofa 1+2+3, TV & Astro
- meja makan + 6 kerusi
- dapur + gas, peti sejuk
- mandian air panas
- Mesin basuh
- WiFi - tak guna pun sebab aku ada kemudahan internet sendiri
- Parkir dalam poc (porch) sendiri
- Ni lorong perumahan pendek sahaja. Persekitaran sekeliling.
- Tadika KRISTA - waktu puncak memang banyak kereta lalu sini
- Rumah orang tua
- Taman permainan kecil (agak jauh seberang jalan) ni tempat jogging
- Menghadap jalan Stapok (Jalan yang sibuk)
- Ada lot kedai berhampiran dalam 1km
- Pasaraya Forda
- Kedai Hardware 100%
- Ada kedai makan Melayu (tapi tak pernah pergi pun sebab bersebelahan PKB Kuching)
- Jarak ke SGH : 2km (5 minit perjalanan)
- Jarak ke KKJM : 5km (10 minit)
- Jarak ke KKom UTC: 7km (20min)
- Rumah ini tak ada pemandangan yang menarik. Dari tingkap ruang tamu hanya nampak tadika dan riuh rendah suasana mereka.
- Lorong rumah ini pendek, sesuai untuk buat jalan santai (stroll) bawa bayi
- Tandas/bilik air terletak paling belakang - tetapan paling jauh setakat ini. Kena pusing keluar ke ruang tamu > masuk dapur > keluar laman belakang > tandas/bilik air
- Alternatif, boleh guna tandas atas tapi jarang (malas nak naik tangga)
- Setakat ini alhamdulillah rumah ini selamat dari zon banjir.
- Menariknya rumah ini hanya ada satu kipas siling sahaja (di meja makan) ^-^! Bilik lain semua aircond. Terdapat 2 kipas berdiri juga. Jadi kami kena tambah kipas sendiri kalau nak berangin
- Aktiviti menjemur pakaian juga dilakukan di poc depan
- Ketika ribut badai takde masalah setakat ini. Alhamdulillah
- Rumah tak begitu kalis bunyi
- malam-malam hari ada juga bunyi motor. 3 rumah kanan kami ada rumah yang juga mempunyai perkhidmatan baiki motor/kereta (selalunya motor). Jadi ada masa-masa mereka pandu uji hasil kerja mereka.
- Jiran - tak begitu kenal sangat.
- Kanan - Cina
- Dalam curi-curi jiran ni baik tolong trim/tebas sikit pokok di laman depan rumah (di luar pagar sahaja)
- Di laman belakang ada anjing nama AhBoi selalu menyalak pada kami setiap kali kami bunyi-bunyi (sembang atau angkat barang ke) di laman belakang. Jiran tak buat apa pun. Walaupun aku dah tutup pagar dengan kain (supaya anjing tak nampak), tapi anjing tersebut tetap menyalak bila dengar bunyi. Stres, stres juga tapi itu satu kenangan
- Kiri - india
- pernah kena komplen pasal laman belakang semak sangat sehingga mereka terjumpa ular di rumah mereka sendiri
- salah seorang ahli keluarga juga bersalin anak perempuan dekat-dekat masa haniya - namanya Angeli
- Masalah haiwan?
- Kucing - jiran mana entah ada bela kucing. Sekali sekala kucing datang rumah sini lepak. Setakat ini takde la berak. Cuma pernah muntah di poc sekali semasa kami keluar
- Anjing?
- Kawasan depan rumah ada banyak anjing. tak tahu siapa punya sebenarnya sebab nampak banyak lepak rumah macam-macam. Setakat ni semua anjing tersebut tak pernah yang gila tiba-tiba. Mereka jenis baik juga sebab dah kenal kot
- Anjing mana entah pernah curi masuk ke dalam poc rumah ni, siap curi selipar raya isteri sebelah (anjing tu lari bawa tunjuk kat kawan anjing kot). Terus hilang dah sebelah. Maka sejak itu aku pasang penuh jaring di pagar supaya anjing tak masuk malam.
- Namun, pada musim hujan, kesian pula anjing jiran yang terlepas ke luar tu tak dapat berteduh. Hempas pulas korek-korek jaring aku nak masuk. Aku sengaja biarkan pagar terbuka sedikit supaya dapat masuk berteduh (cuma musim hujan je la)
- Kawasan belakang? Ah Boi! Ada juga jiran india pun ada anjing tapi takde buat kacau la sepanjang duduk sini
- Kelkatu? Takde pula sepanjang duduk rumah ni
- Kala jengking! Sejak duduk rumah itu, ada jumpa kala jengking! Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi belas kali (setahun 3-5kali)!! Alhamdulillah takde kecederaan kena serang. Tapi demi keselamatan aku terpaksa bunuh semua yang aku jumpa. Tak tahu datang dari mana. Mulanya suspek laman belakang semak. Setiap kali ada kala jengking kalau belakang sangat semak maka aku panggil orang untuk tebas bersih belakang. Terbaru aku jumpa dalam Feb 2021 ni dalam mangkuk sinki dapur (macam mana pulak boleh panjat situ). Misteri yang masih tak dapat dirungkaikan
- Lipan! Jumpa masa Nov 2020 tengah malam. Seekor yang besar.
- Tikus - ada tikus di plaster siling rumah (ruang tamu sehingga dapur). Kerapkali merayau dalam tu. Turun ke dalam salah satu kabinet dapur atas.
- Masalah air - dari segi bekalan air tak pernah ada masalah.
- Cuma paip laman depan pernah bocor. Walaupun kita tutup habis, masih ada air yang mengalir keluar. Maka bertukang paip juga la. Satu pengalaman yang baik.
- Masalah elektrik - seingat aku dulu menumpang 8 bulan (masa bujang) pernah terjadi putus bekalan elektrik beberapa kali. Tapi 3 tahun tinggal di sini tak pernah terjadi
- Internet? Aku ada internet sendiri - Guna modem HUAWEI + Kad Sim DIGI. Tapi bila letak router di lantai bawah, internet sangat teruk. Telefon, laptop, PS4 semua tak lepas. Bila dah pindah modem letak kat atas barulah internet lancar.
- Alhamdulillah. Rumah ini ada pendingin hawa. Cuma pendingin hawa dah lama. Walaupun aku cuma pasang malam hari (masa tidur sahaja), tapi akan sampai masa dia rosak juga. Dah panggil servis beberapa kali.
- Kali terakhir ialah Nov 2020 - kata juruteknik, unit pendingin hawa memang dah tenat. Memang disarankan tukar baru je. Jadi 5 bulan terakhir adalah bergantung pada nasib sahaja.
- Pernah tanya tuan rumah nak tumpang tidur bilik lain. Dapat je kebenaran. Cuma akhirnya tak jadi pun. Bertahan sahaja dengan bilik yang ada tu.
- Parkir - rumah ini ada poc berpagar. Namun pernah terjadi satu kecurian Julai 2019. Masa tu aku tengah pergi rombongan kesihatan. Isteri je kat rumah. Ada orang pecah masuk kereta myvi. Alhamdulillah kereta Myvi takde benda berharga. Tapi Jiran-jiran la ada yang kena
- Perkhidmatan penghantaran - J&T, poslaju, ABX, GDex pernah hantar barang sini. Setakat ni seronok je isteri beli belah hantar ke rumah. Bahkan penghantaran GrabFood, Food Panda, McD pun tiada masalah.
- Kemudahan
- ASTRO - guna tuan rumah punya. Siap modify plan ASTRO lagi. Maka aku pun turut sama tambah bayar bulan kepada tuan rumah harga langganan astro
- Mesin basuh pernah rosak dua kali - dua-dua minta tuan rumah untuk uruskan.
- Kali pertama air sentiasa masuk (bocor) dalam tube basuh (pakaian sentiasa basah walaupun fungsi spin)
- Kali kedua motherboard yang rosak
- Tetamu yang pernah sampai ke rumah ini ialah
- Keluarga mertua (2 kali) - Julai 2018, Nov 2019
- Tuan rumah - sekali sekala datang melawat, ambil barang dll
Ulasan