[JomBaca] Muhammad ﷺ - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

JOM BACA! Bulan kesembilan (september), jadi buku kesembilan juga. Alhamdulillah sempat kejar sasaran..

Muhammad  - Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

Penulis
: Dr Kamilin Jamilin

Penerbit ; PiS dengan kerjasama Maktabar Dar Ar-Rakhis

Bil halaman/ muka surat : 218 (saiz B5 - halaman tanpa gambar)

Deskripsi (kulit belakang) - pengenalan tentang penulis
  • Dr Kamilin bin Jamili merupakan Ahli Majlis Fatwa termuda Wilayah Persekutuan dan Perlis 
  • kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. 
  • Beliau merupakan pengasas Home Tahfiz DKJ
  • Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Hadis dan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah dengan kepujian kelas perama. 
  • Selanjutnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (M.A) di Universiti King Saud Riyadh, Arab Saudi juga dalam bidang Hadis dan berjaya merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang Peringkat Sarjana. Seterusnya beliau berjaya menamatkan pengajian peringat Doktor Falsafahnya (Ph.D) di USIM dalam bidang Sains Hadis, jurusan al-Jarh & al-Ta'dil pada tahun 2018 yang lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan. beliau berhasil merangkul Anugerah Canselor (Siswazah Terbaik) dan Anugerah Fakulti (Ph.D by Research) di Majlis Konvokesyen USIM ke-16, selain mendapat Anugerah Staf Paling Popular 2018 oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM
  • Beliau juga aktif dalam bidang dakwah dan aktiviti kebajikan di dalam dan luar negara serta sering menjadi tetamu jemputan pelbagai rancangan di saluran ASTRO, TV3, TV1, TV Al-Hijrah dan panel jemputan bagi beberapa episodrancangan "Sina'ah al-Hadith" di bwah siaran al-Majd al-'Ilmiyyah di Riyadh, Arab Saudi. 
  • Kini beliau sedang menyiapkan beberapa buah buku akademik dan buku untuk bacaan awam.
Markah (peribadi) : 4.5/5

Komen (peribadi)
Buku ini bukan tentang sejarah hidup Baginda . Bahkan mengupas tentang Baginda  dari aspek peribadi - pakaian, makanan, tidurnya, sifatnya bahkan dijelaskan juga tentang peribadi Baginda terhadap golongan tertentu. 
Bagi aku, buku ini memberi satu sentuhan bacaan yang baik. Berbeza dengan kebanyakan buku lain yang menjelaskan sirah & perjalanan hidup baginda, buku ini menekankan tentang nilai dan perwatakan Baginda secara spesifik.

Lagi, terdapat banyak hadith yang aku tak pernah dengar lagi, iaitu hadith tentang layanan baginda terhadap wanita dan kanak-kanak. Memang terbaiklah. Setidaknya mencetus inspirasi untuk belajar lebih banyak tentang baginda.

Satu bacaan yang baik bagi sesiapa yang ingin memperbaik diri mengikuti perwatakan nabi . Kita tak sehebat nabi, tapi kita kena ikut Baginda mana yang mampu. Semoga Baginda sudi memberi syafaat kepada umat yang mengikut jejak langkahnya.

Aku berbangga mempunyai Rasulullah s.a.w sebagai nabi. Perwatakan yang sangat mulia, di sebalik arahan ibadah & dakwah, gaya hidup Baginda sangat sederhana yang mana segenap manusia semuanya boleh ikut tanpa ada masalah. (berbeza dengan sebilangan watak besar & kaya, ramai beralasan "kalaulah aku kaya.."). 

terdapat kupasan menarik tentang warna pakaian Baginda

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)