Kalimat Yang Dibenci Allah
Bismillah. Baru-baru ni aku jumpa lagi perkongsian hadith di laman Facebook. Aku rasa bukan kali pertama dengar, tapi entah aku terasa nasihatnya begitu berkesan kali untuk diamalkan.. Nah aku kongsikan dalam ini pula..
Kalau dipandang pada nilai-muka, hadith ini jelas menggambarkan situasi apabila seorang pendosa diberi nasihat dan ditegur kesalahannya, lalu si pendosa marah-marah agar jangan diendahkannya.
Kubur masing-masing.. - katanya
Namun, bukan begitu tujuan Islam. Islam nak ajak manusia agar masuk syurga sama-sama seramai yang boleh. Jadi alasan kubur masing-masing tak dapat diterima. Tugas kita nak selamatkan mereka. Maka si pendosa yang enggan bertaubat bahkan marah balik si penasihat pula menjadi sesuatu yang dibenci Allah..
Baiklah demikianlah nasihatnya pada dasar nilai-muka. Tapi, pada zaman internet ini situasi yang paling hampir adalah berkaitan dengan penggunaan media sosial. Ramai pengguna bebas untuk muatnaik / tulis siaran / kongsi hampir apa saja tanpa batas. Apabila ada orang dah mula menyeleweng tanpa sedar dalam penggunaan, maka beruntungnya ada orang yang masih peka untuk menasihatkan.
Nak tahu apa jawapan yang lebih kurang sama (dengan ungkapan yang dibenci Allah)??
Suka hati aku la nak tulis apa.. Akaun sosial aku! Kalau tak suka sekat (block), 'batal-ikut' (unfollow), 'batal-kawan' (unfriend) je la.. Biarkan aku sahaja. ( = kau urus diri sendiri sudahlah)..
Nampak tak persamaan?? Bezanya dalam alam maya orang lebih lantang berbeza sebab tak kantoi terus.. (ada tempoh tingkap sebelum pihak berkuasa bertindak / paling tidak rasa bersalah dan malu)..
Jom musahabah diri. Jangan tergolong dalam golongan dibenci Allah. "Dibenci Allah" seharusnya menjadi perkara yang kita mesti jauhi.
Siapa kita terhadap Allah?...... Hamba semata-mata.. Dah tu tak payah buat perangai..
Ulasan