Teori Troli Beli-Belah

Baru-baru ni aku jumpa satu perkongsian di laman sosial lagi.. 

Yang mana aku dapatinya menarik perhatian aku. Macam selalu, aku ingin kongsikannya di sini agar tak hilang dimakan zaman pula untuk terus difikirkan lagi. 

Bacaan penuh boleh rujuk laman web sini --> https://scoop.upworthy.com/viral-shopping-cart-theory-determines-moral-character

Tapi eksklusif untuk blog aku ni buat versi terjemahan la..

----- Teori Troli Beli-Belah -----


Troli beli-belah sering didapati terutamanya di pasaraya yang besar, digunakan oleh pelanggan untuk mengumpulkan barang belian untuk dibayar di kaunter bayaran, bahkan boleh juga disorong ke tempat letak kereta untuk memindahkan barangan ke dalam kereta.

Tapi troli ini juga boleh jadi satu ujian litmus muktamad terhadap seseorang untuk menguji sama ada seseorang boleh mentadbir diri sendiri (self-gorvening) atau tidak. Persoalan timbul sesudah memindah barangan ke dalam kereta. 

Apa nak buat dengan troli sesudah itu??

Kembalikan semula troli ke dalam kedai, atau setidaknya tinggalkan di kawasan troli ialah satu tugas mudah, yang mana ramai setuju langkah tersebut adalah betul dan patut dilakukan oleh semua pengguna troli. Secara objektif, mengembalikan troli adalah langkah yang betul. Semua orang boleh dan mampu lakukannya kecuali dalam situasi kecemasan. 

Namun, tidak menjadi kesalahan pun sebenarnya untuk tinggalkan troli begitu sahaja. Tidak tertera dalam undang-undang wajib untuk kembalikan troli. Dan sesiapa tidak berhak untuk denda atau hukum kalau tidak lakukan perkara ini.

Apakah tindakan yang anda akan lakukan?

Disebutkan dalam artikel yang sama, situasi troli beli-belah ini antara contoh yang mendedahkan peribadi anda terhadap masyarakat, sama ada cenderung kepada yang baik atau sebaliknya..

Apa pendapat anda?

-------------------------------------------------- 

Secara jujur, ni kali pertama aku baca / dengar. Jadi bila fikir-fikirkan aku rasa ada benarnya persoalan yang cuba disampaikan. Sejurus aku kongsikan di laman sosial aku sendiri, ia mendapat komentar seseorang yang ingin beralasan dan merasionalkan tindakan bergantung kepada situasi..

Parking tengah penuh, kawan yang memandu sedang tunggu anda untuk keluar. Tiba-tiba anda 'baik hati' pulak nak hantar troli masuk kedai balik. Rasa-rasa kawan akan maki atau puji?? - antara mesej persoalannya.

Dalam penulisan ini tak perlu aku nak ulas mendalam fikir semua faktor-faktor pemboleh ubah. Sebab mesej utamanya situasi ini memang menguji iman (atau prinsip moral) diri seseorang. Kalau bertindak mengikut pujian/makian semata-mata, memang anda akan mengalah kepada pengaruh orang ramai. Jadi anda akan tersasar dari nilai moral/iman yang sebenar.. 

Tepuk dada, tanya iman

Kalau anda orang yang beriman, sepatutnya tiada jawapan lain selain buat perkara yang Allah redha dan menyenangkan semua pihak. Tiada dolah-dalih lagi..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)