Ayat 1000 dinar

(Nota - entri ni retrospektif, merujuk kepada 'trigger' yang berlaku entah bila masa lalu.. ^-^)

Larut malam pun berlalu, ketika aku sedang stay-up studi pembelajaran, datang kawanku mengajak isi perut sikit.. (ni ajak aku sebab aku ada motor, maka keluar lebih senang)
"Syed, Jom beli burger kat gerai.. Aku lapar la.."
 "Boleh la~" - balasku 
Maka dipendekkan cerita, maka dah sampai pun gerai burger tu, kami order la burger masing-masing. Sedang-sedang tunggu itu..
"Kau tengok, kat mana-mana kedai/ gerai mesti ada tampal ayat 1000 dinar.." - bisiknya padaku..
"Apasal ha?"  - tanyaku ingin tahu..
"Orang kata baca ayat ni murah rezeki.. " - balasnya ringkas..
Demikianlah kisahnya, persoalanku tentang ayat 1000 dinar ni terpendam begitu sahaja. Sehinggalah baru-baru ni aku baca-baca motivasi..

-----------------------------------<asal usul ayat 1000 dinar ni>-------------------------------------------

petikan dari halaman 60-65
Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudiannya diperintahkan agar bersedekah sebanyak 1000 dinar. Mimpi tersebut berlaku 3 malam berturut-turut. Setelah kali yang ketiga maka pedagang tersebut mula berfikir mimpi yang dialaminya benar.

Pedagang tesebut pun bersedekah sebanyak 1000 dinar seperti yang diperintahkan dalam mimpinya. Setelah itu, sekali lagi pedagang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Kali ni Nabi Khidir mengajarkan Surah At-Talaq ayat 2-3 untuk diamalkan. Lalu pedagang itu beramallah dengan ayat berkenaan..
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.."
Sehinggalah pada suatu hari, pedagang ni bermusafir ke suatu tempat lain melalui jalan laut, Di tengah pelayaran, ditakdirkan kapal yang dinaikinya dilanda ribut taufan yang sangat dasyat. Pedagang tesebut hanya mampu bertawakal kepada Allah sambil membaca ayat yang diajarkan. Akhirnya kapal tersebut pecah dipukul ombak. Semua penumpang dan anak kapal tersebut meninggal dunia kecuali pedagang tersebut. Diperihalkan pedagang tersebut terdampar di tepi pantai bersama barang dagangannya yang selamat dan tak rosak sedikit pun.

Sambil menadah tangan dan bersyukur kepada Allah, pedagang sedar akan kebesaran / fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Kemudiannya, pedagang mengambil keputusan untuk tinggal di tempat yang berhampiran. Pada masa yang sama, pedagang itu terus berdagang sambil mengamalkan ayat yang diajarkannya secara berterusan. Dan akhirnya pedagang itu sangat berjaya dalam perniagaannya dan dilantik menjadi raja negeri itu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ringkasnya kelebihan beramal dengan ayat 1000 dinar ni:
  • memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • mendapat jalan keluar dari kesulitan yang dihadapi
  • mendapat perlindungan dari musibah dan bala bencana
  • Allah mempermudahkan setiap urusan kita..
Some other stream of thought
Terbaru ni, tatkala umat Islam Malaysia sedang berusaha boikot produk Israel seperti makanan segera McD dan lain-lain, timbulnya keluhan dari pekerja syarikat bahawa mereka turut sama terjejas serta dikritik, namun terdapat seorang hamba Allah ni menegur sambil menegaskan tentang 'ayat 1000 dinar' ni.. Allahu akbar (mendalamnya ayat ni..)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)