HO Arc! Episod 24

Nama aku Syed Hazran, seorang doktor junior di HKL. Kisah HO la ni diringkaskan menjadi seperti yang berikut..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Setakat episod yang dah berlalu ni, aku dah setahun setengah dalam perkhidmatan. Terbaru, aku menghabiskan posting di medical akhirnya setelah sejumlah 8 bulan berhempas-pulas. Alhamdulillah, tamat juga posting medical tanpa kesan personal (eg. depression / MIA etc..) dengan semua tekanan kerja di medical.. Maka selepas ni, kisah seterusnya adalah berlatarkan paediatrik pula..

Episod 24 : tagging SCN paeds (24 - 30 April 2014) 
Jadual kerja paediatrik tak banyak beza dengan medical dulu, cuma yang bestnya..
  • Shift 1 - 7pagi - 5 petang
  • Shift 2 (extended) - 7pagi - 10malam
  • Shift 3 (oncall malam) - terus datang malam hari je 10 malam - 12 tengah hari esok 
Tagging paediatrik adalah selama 5 hari berturut-turut. Disebabkan aku posting keempat, maka aku dibenarkan memulai posting di Stage special care nursery (SCN), iaitu berkenaan bayi baru lahir.

Sebagai tagging, memang kerja aku hanya tag along dan observe para senior pekerja aku buat kerja. Ingatkan nak tolong-tolong (ambil darah atau set branula berbekalkan latihan di medical dulu), tapi rupanya untuk bayi cara dan tekniknya berbeza sedikit. Adoi, kena mula dari ilmu kosong la nampaknya..

Oh ya, di SCN banyaknya tolong review bayi. Belajar tafsir billirubin (jaundice), tengok resus baby, dan beberapa prosedur.. Semuanya uneventful kecuali pada hari kelima (terakhir)..
"Senior HO yang dah ada tu EL pula pada saat akhir, maka tinggal la aku sorang-sorang kerja shift malam tu. Dah tak bestnya malam tu ada dua bayi baru masuk ke dalam wad dengan tahap bilirubinnya sangat tinggi (perlu kepada rawatan exchange transfusion segera). MO oncall time tu memang bising sebab aku tak alert kat dia untuk tindakan.. Tu la aku sebagai tagger tak tahu pula tentang seriusnya isu ni.. Tapi alhamdulillah, takde akibat buruk berlaku malam tu, maka kes ditutup"
"Kebetulan pula pada hari tu fikiran aku agak terganggu..." - entri [lagu] masih mencintainya
Ok, bila dah habis tagging maka seterusnya bermulanya kerja rasmi aku di paeds.. to be continued.. episod 25 - SCN story

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)