Qarin (entri 2)

Sambung dari entri lalu.. entri kali ni terlintas melalui trigger berikut.. (nota - teknik pewarnaan tulisan bertujuan membezakan dialog)
"Eh, W (merujuk kepada rakan sejawat ketika posting terdahulu)! Lama tak jumpa, kau masuk (posting) sini pulak ke?" - tegurku kepada seorang rakan kerja baru bertukar posting 
"Haah la, Syed! Lama tak jumpa.."
"Eh, korang dah kenal ke? " tanya seorang rakan sejawat yang lain yang merupakan senior poster 
"Haah, W ni kawan masa posting surgical dulu.."
"Oh, bagus la kalau macam tu.. Kalau ada apa-apa tak tahu (untuk posting ni) tanya la Syed ni.. Dia baik orangnya.." tanya si senior kepada orang baru ni..
"Haah, Syed masa posting dulu pun selalu tolong aku. Dia memang baik.." - balas spontan si W 
"^-^!"   
Demikianlah antara testimoni rakan sejawat aku. Alhamdulillah, pada saat ni aku masih berusaha melakukan amal kebaikan terhadap sahabat handai dan orang ramai..

"Alhamdulillah, aku bersyukur bila orang puji macam tu. Namun, aku sangat risaukan (1) sama ada amal kebaikan ini diterima Allah ataupun tak (berdasarkan konflik dalaman yang berlaku misalnya entri tolong orang) (2) boleh ke aku kekal baik macam ni?"
Fokus 2 - setiap orang ada 'Qarin'

Melalui hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Hasil bacaan di blog MyIbrah.com/Qarin telah membuatkan aku lebih pasti bahawa aku juga mempunyai Qarin yang sentiasa membisikkan niat kejahatan dalam diri. Secara luarannya mungkin kawan-kawan bersetuju aku sangat baik dan sebagainya, namun dalam diri aku akui bahawa aku bertarung hebat dengan si Qarin ni agar tak cenderung ke arah kebatilan.. Boleh dikatakan setiap masa adanya live-action trigger sama ada memilih yang benar atau tidak..
"I may been doing good so far, but i'm afraid that some day i will lose to this darkside.."
Baru ni aku baca-baca, sampai ke ayat berikut.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (Surah Al-Kahfi 18:103-104) 
Seraya ayat tersebut memberi mesej nasihat bahawa walaupun kita beramal baik dalam kehidupan dunia, namun terpulang kepada Allah untuk menentukan amalan tersebut. Maksudnya tak boleh la perasan diri dah ahli syurga (kononnya dengan sangkaan dah banyak amalan --> kot-kot amalan tak diterima pula atas pelbagai faktor)

Dan, hakikat ini mengingatkan aku akan beberapa kisah terdahulu:
  • Bal'am Bin Baurah - ulama yang melacurkan Ayat-ayat Allah untuk kekayaan dunia
Kisahnya berlatarkan zaman nabi Musa a.s, setelah peristiwa Firaun ditenggelamkan di laut merah. Maka selanjutnya Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa untuk menduduki bumi Syam. Pada masa itu, di bumi Syam terdapat ahli ibadah bernama Bal'am bin Baurah (adanya pendapat menyatakan bahawa dia juga seorang nabi) sangat makbul doanya dan selalu menyelamatkan umat bumi Syams dari malapetaka. Maka apabila tersebarnya berita Nabi Musa ingin memasuki bumi Syams, maka pemimpin ketika itu sangat takut dan meminta Bal'am berdoa agar usaha umat Nabi Musa gagal menduduki bumi Syams. Terpedaya dengan ganjaran dunia yang ditawarkan, akhirnya Bal'am telah ingkar terhadap Allah......... (perincian penuh kisah ni boleh rujuk laman berikut -> Ahli Ibadah yang Masuk Neraka)
  • Satu lagi kisah popular: (pun sekadar copy paste laman yang sama)
(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: ‘Kafirlah kamu’, maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: ‘Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu karena sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam.’ Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Hasyr 59: 16-17)

Ibnu Katsir r.a menceritakan:
Konon, di zaman Bani Israil dahulu ada seorang rahib yang tekun beribadah selama 60 tahun. Syaitan ingin menggodanya tapi selalu gagal. Akhirnya syaitan mendatangi seorang wanita lantas membuatnya gila. Wanita itu sendiri mempunyai beberapa saudara laki-laki. Syaitan kemudian membisikkan kepada saudara-saudaranya agar membawanya kepada rahib tersebut untuk diobati. Wanitapun diobati rahib itu dan tetap tinggal di sana.

Suatu hari, ternyata wanita itu menarik hati si rahib. Diapun menggaulinya hingga wanita itu hamil. Melihat kenyataan ini si rahib takut namanya tercemar lalu membunuh wanita tersebut. Kemudian datanglah saudara-saudara wanita itu. Ternyata saudara mereka pun dibunuh oleh rahib itu.
 
Akhirnya, syaitan datang menemui si rahib dan mengatakan: “Aku temanmu, kamu selalu membuatku payah, dan akulah yang mengatur kejadian ini. Kalau kamu menaatiku pasti aku selamatkan kamu. Sujudlah kamu kepadaku.”

Rahib itupun sujud kepadanya dan setelah dia sujud, syaitan berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah Rabb semesta alam.”
Demikianlah sepenggal kisahnya.
 

----------------------------------------------
dah siap kemas blog, semua koleksi nasihat (pelbagai sumber) setakat ini telah diringkaskan dalam page Nasihat. Jemput la baca ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)