HO Arc! Episod 25

Aku adalah HO Hazran, bertugas di HKL sejak Disember 2012.. Setakat ni, kisahku di alam HO ialah..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Terbaru dari episod 24 yang lalu, aku meneruskan posting paediatrik sebagai tagger selama 5 hari. Seusai tempoh tagging, maka aku pun mula bekerja secara rasmi..

Episod 25: SCN story (1 Mei - 1 Jun 2014)
Berlatarkan pesakit neonate (iaitu bayi lahir sehingga umur lebih kurang sebulan), terbahagi kepada 3 wad berbeza..
  • stage 1 - Aku mulakan tempat kerja di wad KK8/ KK9, fokus wad ini lebih kepada kes jaundice. Namun secara umumnya wad ni menguruskan pesakit (bayi) yang setidaknya berusia dah lepas beberapa hari sejak lahir. Ada yang datang semula lepas balik rumah (misal pada hayat hari ke-5 sebab jaundice). Maka, banyak daripada skop kerja adalah ambil darah dan pantau keadaan bayi dari akibat jaundice teruk.. 
Sementara itu, aku mempersiapkan diri dan skil NRP (neonatal resuscitation procedure) melalui bengkel kemahiran. Skil NRP ni adalah satu kemahiran penting untuk menghadapi bayi ketika proses lahir yang eventful. Misalnya dalam fetal distress (bayi lemas) ketika proses lahir, maka perlunya HO paediatrik bertindak memastikan bayi selamat dilahirkan dan menangis

nak kena study buku teks tebal ni memang susah, namun alhamdulillah sesi praktikal lebih komprehensif
  • stage 2 SCN - latar sini lebih kepada action. Dari semasa ke semasa adanya panggilan dari labour room / operation room berkenaan proses lahir yang bermasalah! (misalnya bayi lemas, maka perlunya wakil dari paeds untuk bantu selamatkan bayi). Maka bila adanya panggilan, selalunya kena bergegaslah ke tempat kejadian dengan kemahiran yang dipelajari.
"Setakat ni, alhamdulillah banyak dari bayi yang lahir itu selamat dan tidak bermasalah ketika aku uruskan. Namun, aku tak nafikan adanya saat-saat genting dan cemas ketika berusaha menyelamatkan bayi-bayi tersebut.."
  • stage 3 postnatal - ni latar tempat yang sangat santai - skop kerja tak ubah macam KK8/KK9, cuma pantau bayi di wad sahaja. 
""Bagi tips sikit macam mana nak hadapi hari-hari di neonate (*neonate : bayi dalam lingkungan kurang dari umur sebulan) ni. Aku susah la nak handle baby ni.." - entri talk to the babies
Kemuncak episod ni adalah apabila aku perlu menghadapi pernilaian sebelum bertukar ke wad lain.. Penilai aku adalah Dr. O.. Dah la aku ambil kes secara random, namun perbincangan yang berlaku antara kami memang sangat educational.. Dan akhirnya dia luluskan aku.. Alhamdulillah..

Next episode - on to general paeds episod 26


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)