Ada soalan?
Entri kali ni dimulai dengan komik Muslim Show versi Melayu seperti yang berikut:
Kalau diperhatikan komik tersebut, digambarkan anak muda yang menghadiri sesi kuliah ilmu tersebut mengajukan pelbagai jenis soalan kepada ustaz. Dan persoalan utama yang cuba ditimbulkan dalam komik ni ialah kerisauan apabila tidak ada lagi yang bertanyakan soalan..
Fokus - tidak bertanya..
Aku perhatikan betapa fenomena ni memang sangat berlaku dalam kalangan diri dan sekeliling.. Apabila sampai pada sesi soal dan jawab, suasana sunyi dan suram pasti timbul. Hal ni tak terhad kepada sesi tazkirah / kuliah saja, bahkan ketika sesi pembelajaran pun memang kerap terjadi yang mana pelajar hanya berdiam diri apabila sesi soal jawab berlangsung..
Kalau nak rasionalkan tindakan tersebut, aku faham bahawa pihak pendengar ni bertindak cuba memendekkan sesi ilmu tersebut (dengan harapan agar dapat balik cepat meneruskan aktiviti sendiri eg. main game, internet). Jadi perbuatan tersebut menggambarkan kita tidak lagi kisah dengan tajuk / topik perbincangan dalam sesi kuliah ilmu tersebut (sebaliknya kita lebih berminat untuk buat perkara lain)..
"Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl 16:43)
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki (bukan malaikat) yang kami wahyukan kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan (agama) jika kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Anbiya' 21:7)2 dalil yang diberi menekankan kepentingan bertanya jika tak tahu.. Boleh difikirkan akibat tidak menuntut ilmu daripada yang arif, antaranya kalau dalam aspek ibadah, besar kemungkinan amalan ibadah tidak diterima kalau salah caranya. Maka pentingnya belajar melalui bertanya.
Jom sama-sama fikirkan..
Ulasan