[JomBaca] Urus Rumah With Hani
Jom baca! Akhirnya tercapai juga sasaran setahun x 12 buku (sebulan sebuah buku). Tak mudah juga. Tapi tak mustahil, selagi azam tersebut diniatkan kerana Allah (bukan kerana manusia).
Buku ke-12 untuk tahun 2020 ialah..
Urus Rumah with Hani #kemasrumahwithhani #tipshanimasak2 #urusduitwithhani
Penulis : Dr Hani Mynis
Deskripsi (kulit belakang)
- Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi jika perlu
- Pastikan setiap barang ada "rumahnya". Biasakan selepas ambil barang, letak kembali barang tersebut ke "rumahnya"
- Buat pembersiahan sambil-sambil. Sambil memasak, basuh sekali pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Pastikan sinki sentiasa kosong.
- Jika kekurangan ruang, gunak setiap inci ruang dan dinding untuk penstoran. Gunakan ruang bahagian dalam pintu kabinet dan gunakan ruang vertikal sebaik mungkin
- Less is more. Kurangkan barang yang mempunyai fungsi yang sama. Buang barang yang tiada fungsi.
- Agihkan tugas mengemas kepada seisi rumah. Berikan tanggungjawab mengemas kepada setiap orang
- Kerap lakukan proses sisihan. Setiap hari akan ada barang baru masuk rumah. Oleh itu, lakukan proses sisihan barang setiap hari juga. Setiap hari akan ada benda yang kita boleh buang. Cari dan buang
- Setiap malam sebelum tidur, jangan tinggal buat rutin pembersihan malam
- Setiap pagi sebelum keluar rumah, jangan tinggal buat rutin pembersihan pagi
- Jangan keluar dengan tangan kosong. Bila masuk sesuatu ruang rumah, ambil (cari) satu barang yang tidak sepatutnya berada di ruang tersebut dan letakkan di tempat asalnya.
Sesuai untuk dibuat sebagai talian hayat terutamanya kalau lelaki terpaksa berdikari beli barang sendiri dan urus bahan mentah sendiri..
Bahagian kedua ialah pengurusan pembersihan rumah. Banyak aku belajar pembersihan ada jenis pembersihan biasa, ada pula yang rapi. Semua perlu dilakukan mengikut jadual tertentu. Terperinci buku ini, mencakupi semua ruang rumah beserta dinding dan siling juga..
Bahagian ketiga ialah pengurusan kewangan. Eh, tiba-tiba ada topik kewangan pula. Tapi boleh kaitkan dengan hal rumah juga agar berjimat cermat..
Kesimpulannya - buku ini buku MESTI ADA sebagai rujukan kemas rumah. Terutamanya untuk watak urban macam aku ni. Kena berdikari juga urus rumah sendiri. Jangan asyik bergantung pada orang sahaja..
Ulasan