[JomBaca] Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna
Bulan ini dah agak sibuk mengemas rumah. Aku akan berpindah pulang ke kampung halaman. Jadi, kenalah mengotak barang-barang. Antara barang yang pertama masuk kotak ialah buku. Sedang kemas-kemas aku sedang tapis balik buku-buku yang ada, maka terjumpalah buku ini..
Jom baca! Buku keempat tahun 2021..
"Eh? Mana buku ketiga? Ala dah masuk kotak dah pula. Tak ingat kotak mana.. Insya-Allah habis pindah nanti aku tuliskan tentang buku ketiga.."
"Dalam rumah tangga, lengkap melengkapi ialah resepi bahagia, hormat lahir untuk yang layak. Hendaklah kita melayakkan diri untuknya"
"Selepas kesempurnaan tiada apa-apa, indahnya Tuhan menjadikan kesempurnaan itu tidak tercapai oleh kita, lantas kita berusaha dan terus berusaha. Hidup punya wawasan dan cita-cita, kerana hingga ke akhri hayat. Tidak akan habis keperluan untuk mengusahakannya."
"Oh ya ini buku ini rupanya buku siri tunggal, bahkan bukan siri yang pertama. Terkadang aku jadi keliru bila ada sebut-sebut tentang 'Sebelum Aku Bernikah - Berusaha Mencapai Mampu'
Aku tertarik pada satu mesej nasihat - walaupun manusia diciptakan dengan sempurna, namun Allah tidak meminta kesempurnaan (amalan) manusia sebaliknya kesungguhan mereka melaksanakan yang terbaik, memperbaiki diri, tidak berputus asa dan istiqomah dalam usaha kita..
-------------
Jom semak senarai buku bacaan aku. Semoga anda terdetik nak baca mana-mana yang berkenan ^-^
klik sini (tab "JomBaca") --> https://side8.blogspot.com/p/blog-page.html
Ulasan