Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa

Pertama sekali aku nak membuat pernyataan bahawa penulisan berikut (diapit oleh 'penanda') dihasilkan sepenuhnya oleh Muhammad Fauzi Asmuni (aku tak kenal) di laman Facebook bertarikh 3 Feb 2021 seperti pautan berikut --> https://www.facebook.com/muhammadfauzi.asmuni/posts/4311814912167841. Jadi selayaknya beliau mendapat kredit atas apa sahaja buah fikirannya..

--- Salin Tampal mula ---

Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa

1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup.
2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan.
3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sentiasa ada peluang untuk menyibukkan diri. Masa muda, kita boleh buat macam-macam sebab kita masih kuat dan ada kecukupan. Masa tua, kita boleh sibukkan diri dengan komuniti setempat. Masa sakit, kita mungkin masih boleh sibukkan diri dengan rawatan dan terapi kesihatan. Masa tak da duit, kita mungkin boleh sibukkan diri dengan berniaga kecil-kecilan. Dan begitulah seterusnya.
4. Kenapa kita perlu sentiasa sibukkan diri? Kerana bila kita kosong, macam-macam masalah akan timbul. Akhirnya kita menjadi manusia yang sentiasa bersikap negatif dan pesimis.
5. Bila masa kosong, kita akan mula tenggelam dalam perkara harus. Kita akan mula menonton tv secara berlebihan. Layan movie (walaupun movie Islamic) secara berlebihan. Layan media sosial secara berlebihan. Tenggelam di dalam perkara harus termasuk di dalam sifat yang dikeji menurut sebahagian ulamak.
6. Bila banyak masa kosong, badan kita tak cukup penat kerana kurang aktiviti. Tidur pun tidak akan lena kerana badan sentiasa dalam keadaan rehat yang panjang. Jiwa jadi gelisah tidak ketahuan kerana jemu dengan aktiviti rutin ringan.
7. Bila kita banyak masa kosong, kita akan banyak bermonolog, mengenang nasib diri, mengandai itu dan ini. Kita akan mula berkhayal dan hidup dalam imaginasi yang tidak membawa kita ke mana-mana.
8. Bila masa kosong terlalu banyak, otak kita akan berhenti berkembang sebab tak banyak digunakan. Otak tidak diasak untuk berfikir. Dengan itu potensi untuk menjadi nyanyuk akan meningkat.
9. Bila kita mula banyak masa kosong, kita akan jadi manusia yang sensitif. Ini kerana kita mula melayan semua benda kecil yang berlaku di sekeliling kita. Orang yang sibuk tak sempat untuk melihat semua benda yang lalu depan matanya.
10. Bila banyak masa kosong, kita mungkin akan kehilangan pandangan hormat dari rakan-rakan. Mereka akan melihat kita sebagai manusia pasif yang tidak ada matlamat hidup. Hidup hari-hari ikut sahaja apa yang berlaku.
11. Masa kosong yang banyak juga akan menjadikan kita tidak lasak. Terlalu terperangkap dengan rutin dan tak mudah untuk menerima perubahan mendadak pada jadual hidup. Sedangkan hidup sebenarnya penuh dengan kejutan.
12. Kelazatan sibuk melebihi kelazatan masa kosong. Imam Syafie pernah menasihatkan:
وانصب فان لذيذ العيش في النصب
“Berpenat-penatlah kamu kerana sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan.”.
13. Berehatlah semata-mata untuk mencari tenaga bagi melakukan aktiviti seterusnya. Al-Quran memberi panduan bahawa sesudah selesai dari satu pekerjaan mestilah dituruti dengan melakukan pekerjaan lain.
فإذا فرغت فانصب
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).” (Asy-Syarh: 7)
Wallahu a’lam

--- Salin Tampal Tamat ---

Membaca penulisan tersebut lantas aku teringat tentang karya yang aku pernah hasilkan awal sedikit sebelum tarikh penulisan beliau

ms7 babak peleraian - instrospeksi diri dengan cerpen Lotus Eater (komik jawi baca kanan ke kiri)
 
ms8 - "Jiwa manusia memang perlu kepada jerih payah kehidupan agar sentiasa kental & cekap...

Komik aku episod yang ini diinspirasikan dari pengalaman sebenar kena baca cerpen The Lotus Eater yang pernah kita belajar dulu (Tingkatan 4). Bila diteliti semula dewasa ini baru aku sedar akan mesej nasihat tersebut. Cuma tentulah aku tak pandai nak buat rumusan hebat seperti mana penulisan beliau. 

ms0 - tajuk depan komik aku untuk episod ini bertarikh 6.4.1442H [bersamaan 20.11.2020M]

Tengoklah, sampai masa aku buat semula episod ini (kenapa nak buat semula? sebab aku lupa nak sertakan alih-tulisan rumi dalam komik ni..) boleh la aku terapkan mesej nasihat yang hebat itu.
"Mana nak baca komik ni? Ada dalam album gambar Facebook aku.. Jemputlah.." ^-^! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)