[JomBaca] 50 Misteri Menggemparkan Dunia

Dah nak habis tahun >_<! maka, Jom Baca juga kena cukup 12 buah buku (bersamaan sebulan sebuah buku). Untuk yang ke-12 ni aku tak nak cari buku baru. Sebaliknya aku semak imbas balik rak buku aku, kalau-kalau ada buku yang tak habis dibaca..
ساي سبواه بوکو. ساي براس ڤاليڠ سرونوق اڤبيلا توان ساي ممݢڠ دان ممباچ ساي سامڤاي هابيس. ساي براس سديه اڤبيلا هاڽ دتيڠݢلکن د راق بوکو سهاج. کناڤ توان تيدق ماهو باچ ساي؟ - ايماݢيناسي سنديري ديک کارڠن اوتوبيوݢرافي 
Jadi ada je lagi beberapa buku yang tak habis baca. Kesian pula. Untuk buku ke-12 untuk tahun ini ialah:

50 Misteri Menggemparkan Dunia 
"Merungkai Misteri dan Khazanah Alam Yang Mampu Menggugah Peradaban Dunia"
Penulis
  1. Adrie Noor Al-Fatia
  2. Abi Naufal
  3. Andriansyah
Penterjemah : Hasnita Shaari
Penerbit : PTS Milennia Publication
Bil halaman/ muka surat : 376

Deskripsi (kulit belakang) : 
Dunia ini penuh misteri? Ya. dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan

Kita pasti tertanya-tanya; mengapa dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendikiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai

Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu dari beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain dari itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami.

Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:
  • Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri
  • Bahagian 2: Tapak, artifak dan fosil penuh misteri
  • Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kitab suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran
چوري٢ ڤندڠ ايسي کندوڠن بوکو اين
Markah (peribadi) : 3.5/5

Komen (peribadi)
Buku ini ialah buku yang berlandaskan fakta sejarah & sains (fizik kot), bukan subjek kegemaran utama aku maka secara jujurnya aku cepat hilang arah apabila buku ini menjelaskan kronologi para pengkaji serta kajian masing. Atau sejarah tentang pemerintahan mesir ketika kisah Ashabul Kahfi dan pelbagai lagi dalam bidang tersebut.

Tapi aku suka buku ini sebab
هالمن برݢمبر ميمڠ مناريق
  • Penjelasan disertakan gambar bewarna - menarik minat aku untuk terus baca. Semestinya membuatkan aku percaya bahawa tapak / artifak tersebut memang wujud dan dikaji
  • Setiap topik perbincangan pada akhirnya akan dikaitkan dengan dalil kekuasaan Allah. Juga menyentuh dalil dari kitab Bible yang selaras dengan Al-Quran.  
Sangat dicadangkan untuk buat baca-baca (mungkin di meja kopi rumah) untuk tambah pengetahuan tentang dunia di luar sana. Buku kan dikatakan jendela dunia (sebelum internet datang)

--- 
Dengan ini, Alhamdulillah azam Jom Baca 2019 tercapai. Tapi bukanlah bermaksud boleh berhenti baca buku. Kena terus baca, sebab membaca itu kunci ilmu.

Senarai buku bacaan aku setakat ini --> Jom Baca(senarai buku)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)