Naik ETS Business Class

Saja-saja aku nak kongsikan pengalaman naik tren ETS Kelas Perniagaan (Business Class) yang tak lama dilancarkan. Kalau tak silap dilancarkan pada 10 Oktober 2019 (Aku ingat sebab tarikh lahir mak sama).

Selalu aku balik kampung isteri naik ETS (malas nak memandu - lebuhraya sesak - toll lagi - dll), jadi sukanya aku memilih naik tren saja. Selalu aku naik tren kelas biasa. Tapi masa buat tempahan tiket untuk trip kali ini, ada pilihan kelas perniagaan rupanya..
  • Tiket kelas biasa KL Sentral ke Bukit Mertajam = RM58 seorang
  • Tiket kelas perniagaan untuk destinasi yang sama = RM84 seorang
Nyata berbeza harga kedua-dua kelas tiket! Apakah kelebihan naik kelas perniagaan ni? Jom tengok



#1 Ada ruang menunggu yang selesa & eksklusif
کامي د رواڠ منوڠݢو يڠ سلالو
Masa kami dah sampai ke KL sentral, macam selalu terus pergi ke ruangan menunggu ETS yang biasa. Tak terfikir pun tentang keistimewaan khas sehinggalah terdapat pengumuman oleh staf ETS. Rupanya, ada ruang menunggu di tingkat yang berbeza. Ruang menunggu lebih selesa dengan sofa/ bangku yang lembut. Terdapat juga tandas tersendiri (tapi tak masuk pula). Ada TV juga. Pemeriksaan tiket dijalankan lebih awal di bilik menunggu ni. Lepas kakitangan periksa dan sahkan tiket kami, aku tengok mereka tidak lagi periksa tiket dalam tren.


اد رواڠ منوڠݢو يڠ سليسا روڤاڽ
#2 Masuk Tren lebih awal. 
Tren kami dijadualkan berlepas 8.05pagi. Tapi 7.40pagi macam tu staf ETS dah panggil masuk ke dalam tren. Oh ya, layanan staf bersifat peribadi (takde umum dari jauh, sebaliknya staf ada datang dekat dan jemput). Terbaik!
Masuk tren awal sebegini maksudnya tak perlu berebut dengan penumpang-penumpang lain. Sangat selesa. 

تراس کوسوڠ سبب ماسوق اول.جوم ماسوق دالم ڤولا


#3 Ruang duduk lebih selesa

Koc A dikhaskan untuk kelas perniagaan, dibahagikan kepada 2 gerabak yang bersambungan. Setiap satunya mempunyai 11 atau 12baris tempat duduk. Setiap baris pula mempunyai 3 kerusi duduk yang selesa (formasi 2+1).  Ruang kaki pun luas, boleh regang kaki sesuka hati
"Sementara, bagi kelas ekonomi susunan kerusi adalah piawai 2+2 seperti mana bas ekspress jadi. Ruang duduk agak terhad. "
Oh ya, aku nak ceritakan tentang ciri-ciri (features) yang terdapat pada setiap kerusi 
  • Terdapat Tablet untuk kegunaan hiburan (video & lagu). Tersimpan dalam armrest kiri kerusi.
  • Penumpang diberikan Earphone percuma (tak perlu pulangkan balik)
  • Di armrest sebelah kanan tersimpan meja makan. Aku guna buat letak komputer. 
  • Terdapat soket elektrik untuk kegunaan cas telefon & komputer (ada juga sambungan USB dalam soket yang sama). Tiap-tiap kerusi ada sambungan masing-masing jadi tak perlu berebut
  • Lampu untuk membaca pun ada. Tapi sebab aku naik tren siang hari jadi tak tak terasa nak pakai sangat. 
  • Ruang kaki yang lebih luas.
  • Penghawa dingin takde yang kena langsung macam dalam bas, yang mana aku rasa kira sesuai la juga. Tak terasa sejuk sangat. Tapi tak la panas. Isteri kata ada penghawa dingin berpusat, dalam suhu 22'C

#4 Berkurangnya stesen persinggahan
ڤاڤرن ڤرجالنن اونتوق ترين اين
Bukan semua tren ETS ada kelas perniagaan. Aku perasan dalam jadual perjalanan, bilangan stesen persinggahan kurang berbanding dengan trip ETS biasa. Kurang singgah maksudnya perjalanan lebih cepat sikit, namun tak begitu ketara sebab masih 4 jam 15 minit juga..
"Isteri menjelaskan ETS tak dapat nak mempercepatkan lagi semasa berada di kawasan Kuala Lumpur (aku rasa sebab dikhuatiri boleh jadi pertembungan dengan keretapi bandar komuter yang lain). Tapi kelajuan masih dalam sekitar 142km di luar bandar." 
#5 Hidangan dalam Tren
Aku rasa mesti ramai yang seronok dalam isi perbincangan ni; iaitu makanan! Dalam tren kelas perniagaan, pakej tiket termasuk hidangan. Yang seronoknya hidangan dalam tren bukan sekali sahaja. Bahkan beberapa kali.

  • Hidangan pertama diberi dalam 30 minit pertama (Aku dapat pada jam 8.35pagi). Hidangan berubah snek ringan
کويه-مويه دان اير کوتک
  • Hidangan kedua diberi pada jam ketiga perjalanan (dalam pukul 11.00pagi). Tapi khas untuk destinasi yang jauh melebihi stesen IPOH. Sempat tidur juga la aku sebelum masa sajian ini.
ناسي ڤندن مامو
Kalau diamati pada label makanan tertera senarai menu hidangan (kalau dalam gambar ni ada 8 menu sebenarnya). Hidangan yang tersenarai dalam label tersebut
1) Nasi Ayam Hainan
2) Nasi Kandar Penang
3) Nasi Ayam Kunyit
4) Nasi Lemak Kampung Baru
5) Nasi Pandan Mamu
6) Oriental Set
7) Set Ayam Salai
8) Nasi Dalcha
"Sayangnya tak boleh pilih. Agaknya mungkin menu berbeza mengikut hari pejalanan?"

  • Hidangan ketiga pun snek ringan & minuman panas. Disajikan kira-kira pada jam terakhir perjalanan (aku dapat pukul 11.40pagi). Kalau ikut stesen, selepas stesen TAIPING
سنيک ڤتڠ بروڤا کاچڠ دان ايرڤانس

#6 Tablet Hiburan & WiFi
Aku tau aku dah sebut tadi, tapi sebaiknya aku cerita panjang lebar lagi dalam isi penulisan ini juga

انتارا موک ڤڠݢونا يڠ دڤاڤرکن ڤد تبليت ٰ(مينو اوتام).. ه

سناراي مديا وايڠ يڠ ترداڤت دالم تبليت. ادا ساري کات بهاس ملايو

سناراي لاݢو دالم مديا موزيک. اݢق ترهد جوݢ

بوليه سمبوڠ کإينترنيت. تاڤي د باوه ڤمنتاوان جادي لايري لامن يڠ إيلوق٢ سهاج يا
Selain tablet yang ada, boleh juga sambung ke WiFi dalam tren, WiFi perlukan kata laluan, tapi kakitangan ETS senang hati berikan kata laluannya. Jadi, kalau lebih selesa untuk main internet dengan telefon pintar sendiri, maka sila-silakanlah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)