[JomBaca] Cycling Fun & Easy

Jadi bacaanku yang kesepuluh untuk tahun ni adalah bacaan santai.. sebelum JOM BACA, jap nak imbas balik serba sedikit tanda tanya aku yang relevan..

Sejak pasca PKP ni aku perasan semakin banyak orang kongsi status di laman media tentang berbasikal sebagai hobi baru. Kawan medsos, rakan kerja bahkan bekas ketua aku juga banyak berkongsikan hasil berbasikal di media sosial. Dan, adik aku sendiri pun dah lama berkecimpung dalam dunia berbasikal sejak habis sekolah lagi.. Aku ada niat nak berbasikal juga cuma tak sampai usaha lagi.. Mungkin lepas baca buku ni, aku terkesan untuk lebih aktif (melalui berbasikal).. 
کوليت بوکو
Cycling Fun & Easy - A Beginner's Guide to Exploring Malaysia & Beyond

Penulis : Pepper Lim
Pepper Lim is a father of two adorable children named Paprika and Saffron Lim. He lives with his family in beautiful Malaysia. He works as teacher. In his spare time, he cycle hang out with old schoolmates and runs a science club. You can find APOSL (Advocates of Propagation of Science Literacy) on the internet. He dreams ofa world that questions everything and bases its knowledge on facts instead of nonsense
Penerbit : Advantage Quest Publications

Bil halaman/ muka surat : 159 (laman bergambar, bahasa inggeris mudah)

Deskripsi (kulit belakang)

This is a great book for children and adult who are thinking of taking up cycling. It covers all the essentials from how to choose a bicycle to how to keep the cycling habit up

Everyone has thought of cycling at some time or another and why not? It is a wonderful way of keeping fit, easy to do and super fun. Armed with this book, you can also lern enjoyable ways to visit interesting places around Malaysia!

It contains little-know cycling tips and pitfalls to avoid that almost all cyclist fall into when they take up cycling.Tips include how to spend as little as possible on a bicycle, where to find free parking places for your car, secret of cycling up hill, and how to enter a mosque with your cycling shorts. 

This book is written for easy reading

Markah (peribadi) 4/5

انتارا ايسي دالم بوکو 
Komen (peribadi)
 - 
[nota: ini adalah buku bahasa inggeris, tapi dalam penulisan ni aku tetap ulas dalam bahasa melayu ^-^!]

Memang sesuai sangat untuk golongan amatur macam aku. Jenis basikal pun tak kenal langsung. Jadi buku ini memberi pendedahan awal kepada pemula hobi ni.  Jenis basikal dan apa kelengkapan lain yang perlu pada basikal. Terdapat beberapa panduan program berbasikal yang dianjurkan oleh kelab-kelab media sosial. 

Ibarat sebuah blog bergambar, penulis berkongsikan pengalamannya trip berbasikal di setiap negeri lawatan di semenanjung Malaysia. Bawa basikal dalam kereta - pergi bandar menarik sesuatu negeri - Parking kereta dan mula berbasikal sambil melancong. Juga termasuk pengalaman di negara Taiwan.
Sedikit mengagumkan meskipun penulis bukan beragama Islam, coretannya mencakupi saranan (kepada pengayuh yang lain) membawa kain 'sarung' (kain pelikat) untuk tutup aurat ketika melawat masjid-masjid di pelbagai negeri. Semoga beroleh hidayah..

Juga memuatkan beberapa iklan promosi kedai basikal (Asogo) dan perkhidmatan baik pulih basikal (Bike Kitchen), kelab basikal medsos, trip perlancongan berbasikal (bikewithhelena) dan beberapa yang lain aku terlepas..

Maka setidaknya selepas baca ni timbul idea berbasikal aku - beli basikal lipat. simpan dalam kereta. Boleh digunakan di pelbagai tempat. Hmm, boleh dipertimbangkan

---- 

Alhamdulillah, dah cukup buku kesepuluh. Sempat tak nak habis 12 buku setahun? Atau lebih sikit 15 buku? Senarai buku yang lain boleh rujuk sini --> JOM BACA 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)