Sempena kelahiran baru..

Hari (tarikh) ni aku melawat kakak di hospital, sempena kelahiran anak buahku yang ke-4 (sebelum ni adanya ahmad, azalea dan zikri jumlah dari keluarga kakak dan abang). Dan kali ni kakakku selamat melahirkan anak yang ke-3 iaitu seorang puteri pula.. ^-^! Alhamdulillah~
"Jiwa baru ni dilahirkan secara spontaneous vaginal delivery (SVD) pada pukul 10.16 pagi, 17 Oktober 2013. Setakat (tarikh) ni, nama si puteri ni masih belum diumumkan secara rasmi lagi.." 
Aku dapati pada setiap kali adanya kelahiran baru pastinya akan timbul harapan pada ahli keluarga terdekat. Dapat dirasakan tiap-tiap diri akan memohon (berdoa) agar jiwa ni membesar sihat dan kuat menghadapi dugaan dunia kelak..
"Semoga membesar sihat dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara."
Dan terhadap diri aku juga, walaupun aku dan si anak kecil ni takde kaitan rapat (kecuali sebagai anak buah je) namun kelahirannya memberi impak positif terhadap diri (pada cara aku juga perlu berusaha kuat menjalani kehidupan sendiri) --> ^-^! haha, talk about *resonance effect..
 (*dalam entri resonans gembira, aku mengandaikan "setiap orang ada pancaran 'gelombang' perasaan (hati) masing-masing, yang mana gelombang ni kalau kena resonans terhadap orang lain, maka orang (penerima) tersebut akan mengekspressikan perasaan yang sama (dengan pemancar gelombang)) 

and perhaps this message from the game had influenced me to some extend ^-^!
Some other stream of thought (entry reactivate!!)
Fujio Fujiko (Doraemon - the day of my birth)

  • Walaupun aku tak betul-betul nampak adegan ni, tapi tentulah aku rasa pada kala-kala tertentu pastinya terdetik pemikiran sedemikian dalam diri ibu bapa terhadap jiwa baru ^-^! - entri aku suka doraemon
"Wahai Anak Apakah Kau MengertiBetapa DeritanyaIbu Yang MengandungAduhai Anak Apakah Engkau TahuAlangkah Deritanya Ibu Melahirkanmu"
 "Aku difahamkan perasaan sakit ketika bersalin ini adalah antara rasa sakit yang teramat sangat jika nak dibandingkan dengan semua jenis kesakitan di dunia ni. Dan hanya golongan ibu sahaja yang akan menanggung rasa sakit ni.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)