FQE Duit Dia, Dia punyalah

Lama tak tengok video FQE. Dan blog pula tiba-tiba keliru aku patut kongsi dalam blog mana satu. Dan akhirnya aku sampai pada ketetapan bahawa Stream of Thought seharusnya jadi blog untuk munasabah. Jadi video/siaran nasihat masuk sini la ye..


Setakat tarikh hari ni, aku dah 7 tahun lebih mendirikan rumahtangga sendiri. Alhamdulillah, nasihat ini antara yang aku masih pegang kuat

Fokus - Duit dia, dia punyalah
Dia dalam tajuk ini merujuk kepada pasangan kita. Atau lebih tepat lagi isteri sahaja. 

Setelah berjayanya akad nikah, suami bertanggungjawab penuh terhadap nafkah isteri. Dalam konteks ayat ni aku merujuk kepada nafkah zahir.

Ada lima keperluan isteri yang suami perlu tanggung sepenuhnya (aku pernah siarkan dulu tapi nanti cari balik):
1) makan
2) tempat tinggal
3) pakaian
4) ok aku dah lupa.. maaf..

Walaupun isteri kaya dan banyak duit, tapi perkara ini kau kena tunaikan guna duit gaji kau sendiri..

Alhamdulillah, aku dikurniakan isteri yang tak demand banyak. Tapi memang! Aku tak boleh sentuh duit dia langsung untuk bantu hal-hal keperluan ini. 

Tambahan nasihat dari video ini - suami sebenarnya tak boleh bagi hint bahawa dia ada tengah takde duit untuk bagi nafkah..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)