Orang biasa takde layanan istimewa

kalau baca blog syedzran Poliklinik Amal Medik Kota Damansara, secara ringkasnya:

Mak Dah sakit lutut sejak dua menjak ni. Setelah bincang-bincang, akhirnya aku bawa ke klinik tersebut untuk rawatan. Klinik ini dipilih sebab doktornya ialah junior masa aku sekolah Rawang, namun dari mula sampai habis sesi rawatan doktor aku memilih untuk tutup identiti aku (aku hanya dikenali sebagai "anak pesakit" sahaja)

Fokus - Orang biasa takde layanan istimewa
Entah, sepanjang tempoh aku membesar dan menjadi dewasa, dah banyak kali dah nampak contoh-contoh orang ambil kesempatan - gunakan orang dan pangkat untuk dapatkan kelebihan 

"Suka hati la saya tak nak buat appointment. Saya kawan baik ketua klinik sini. Dia cakap boleh walk in sahaja."

"Saya pakar kat hospital XXX. Kamu kena prioritikan saya dulu. Orang lain tak penting"

"Saya kawan baik pemilik kedai ni. Bagilah harga member-member"

Dari dulu sampai sekarang, aku sangat menyanjungi Raja Jordan, Sultan Melaka Raja Alaudin Riayat Shah, Khalifah Umar semua pernah menyamar jadi orang biasa bertemu rakyat (entri lama blog ini  Dresscode

Kenapa tokoh ni terpaksa menyamar jadi orang biasa? Sebab kalau mereka datang dengan identiti sendiri, mereka akan dapat layanan istimewa. Bila VIP datang semua "berlakon" berikan yang terbaik. Kalau orang biasa, setakat beri layanan ala kadar. Double standard. Berpura-pura.

Cuma episod bawa Mak Dah tadi, aku sangat kagum dan puji junior aku. Masa tak kenal aku, layanan terhadap mak dah sangat profesional. Penjelasan cerita betul-betul, layan baik-baik. Budi bahasa memang terjaga (cuma satu lagi faktor pengaruh ialah perkhidmatan berbayar ^-^!). Namun aku senang hati layanan yang sebegini tanpa mengira kenal atau tidak. Satu nasihat buat aku juga agar lebih memperbaik diri

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)