Bukan senang perkahwinan

Baru ni aku dapat sepina arahan untuk  menghadiri perbicaraan kes sebagai saksi

Jadi kali pertama aku datang ke Mahkamah Syariah sepanjang hidup ini. Dan mahkamah syariah wilayah persekutuan ialah mahkamah pertama aku.

Bertempat di dewan 9 (mahkamah rendah), persidangan bermula pukul 9 pagi. Ada 3 kes perbicaraan (mahkamah syariah berkenaan kes tuntutan penceraian)

1) Pasangan berumur 40-50 tahun, berkahwin 22 tahun, ada anak 2 orang. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bagi nafkah yang cukup untuk sekeluarga.

2) pasangan berumur 20 tahun, terjadi penceraian sebab suami minda tak tenteram sehingga tersebut lafaz. Kebetulan ada masalah kesihatan, jadi aku la yang kena beri penjelasan kepada tuan hakim. 

3) ni aku tak pasti sebab aku dah beredar.. yang datang cuma suami sahaja. Pun kes cerai juga

Fokus - Cabaran Perkahwinan 

Bukan senang mengharungi bahtera perkahwinan. Suami & isteri akan mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Nafkah tak cukup, pasangan curang, keluarga tak menyokong dan banyak lagi.

Sebab itu, penting untuk suami isteri untuk saling berkomunikasi.

Alhamdulillah, aku bersyukur 7 tahun aku berkahwin aku ada isteri yang sangat memahami. Aku pun sedar aku banyak kekurangan dalan aspek menjadi suami.

Semoga Allah jaga hubungan kekeluargaan kami (tapi kena jaga hubungan dengan Allah, sama-sama)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)