Menjelang Syawal 1435H

Ok, entri kali ni adalah multi-focus..

Fokus A - epilog ramadhan 1435H
umumnya berkisar kepada matlamat ramadhan setiap tahun iaitu memperoleh takwa.. (rujuk entri tahun lepas menjelang ramadhan 1434H). Jadi adanya senarai semak amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan.. maka hasil tahun ni ialah:

amalan tahun 1435H
Jika nak dibandingkan dengan amalan tahun lalu (entri epilog ramadhan 1434H). Alhamdulillah banyak peningkatan terutamanya dalam hal berikut:
  • Terawih sepenuh amalan puasa (alhamdulillah kerana adanya ilmu tentang kebolehan terawih bersendirian terutamanya ketika bekerja malam serta ada sedikit kelapangan)
  • Tilawah Al-Quran lebih istiqamah sedikit..
  • Solat dhuha kali lebih bermakna --> akhirnya aku berjaya hafal gah surah As-Syams..
Namun, sebaiknya kena istiqamah dalam amalan tersebut. Apakah hebatnya satu pencapaian itu kalau tidak berterusan?? seperti mana satu hadith:


"Again, kehidupan aku 'tika student adalah lebih hebat dari yang kini.. Apakah aku berani mencuba untuk buktikan bahawa 'hari ni (present) lebih baik dari semalam (past), dan esok (future) lebih baik dari hari ni (present)'?
Sementara itu, hasil usaha dan didikan tentang bonus ramadhan buat aku rasa sayu dengan pemergian ramadhan.. Benarlah akan satu hadith:


Semoga kita semua dipertemukan lagi dengan ramadhan 1436H tahun depan.. Aamiin dan insya-allah..


Fokus B - kegembiraan hari Raya..
Ni buat aku excited sikit untuk menghadapi raya kali ni..


Mestilah Aidilfitri adalah hari menyambut kemenangan dan kesyukuran setelah sebulan berpuasa Ramadhan. Siapa tak gembira? Dengan semua ahli keluarga balik dari perantauan untuk bertemu semula.. Seolah-olah aku teringat masa kecil dulu.. (kebetulan pula ada iklan petronas 2014 ni mengimbau kenangan silam). Selain itu:
  • misi reconnect dengan semua sahabat handai / saudara / jiran tetangga sejak sekian lama tak bertegur sapa (^-^! kenapa mesti tunggu hari raya). Apa-apapun, niat nak berhubung semula memang dah cukup buat aku excited..
"Kejayaan hari raya pertama ialah aku berjaya bawa ayah & mak (tiri) serta adik-beradik (dan keluarga mereka) raya rumah jiran aku di Terengganu dulu (kalau dari entri reconnect tu last-last aku sorang je datang rumah maka si jiran ni agak kecewa sikit).."
  • kalau satu masa dulu, aku sebagai kanak-kanak dulu sangat tak sabar untuk dapat duit raya.. Kali ni, aku dah dewasa rasa tak sabar pula nak beri duit raya ^-^! 
"jika kita kurang bersedekah di masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan  bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?" - artikel Beri duit raya biar ikhlas
"Dan tentulah, aku ada matlamat sendiri juga iaitu nak fill up projek peribadi salasilah keluarga.."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)