Teori Birthday Hijri

[Sejarah kemaskini] 
17.6.2018 - tajuk pos dinamakan semula ("rename") agar lebih kena dengan isi penulisan entri
"Mitos raya ke-3" (tajuk lama) --> terkadang orang lain akan salah faham, ada apa dengan raya ke-3?
23.8.2020 - banyak perkataan di"Melayu"kan semula bagi memartabat bahasa sendiri

--- Siaran Blog Mulai! --- 

Tajuk (lama) nak (nampak) hebat je.. ^-^! Apa-apa pun, entri kali bersifat peribadi semata-mata. Semuanya bermulanya dari satu fakta seperti yang berikut:
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabiul Awal / (bersamaan) 12 April 571(Masihi) - (sumber ada banyak, tapi aku ambil secara rawaknya dari Ahmad Sanusi Husain.com)
Kalau diamati fakta tersebut, setidaknya kita mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza mengikut kalendar Masihi dan Kalendar Hijri (Islam). (Mestilah aku pasti bangsa/agama lain etc. Cina ada kalendar mereka sendiri sebab tarikh raya Tahun Baru Cina juga tidak tetap pada kalendar Masihi).. Jadi, timbulnya satu persoalan..
Kalau demikian, apa pula tarikh lahir (kalendar) hijri aku memandangkan aku lahir 19 Mei 1988?
Persoalan ni selalu timbul semula acap kali kita menyambut Maulud Nabi. Selalunya kita mengendahkan tarikh kelahiran hijri atas faktor Nabi Muhammad beragama Islam maka sewajarnya sambut mengikut tarikh islam (hijri). Jadi aku sebagai umat Nabi (islam) pun sepatutnya kena ambil tahu tarikh kelahiran hijri aku sendiri..

Maka aku pun cari la di media internet tentang tarikh tersebut.. Pendedahan pertama ialah masa cipta blog ni (tapi gadget aplikasi tu dah hilang tanpa sedar). Aku dapat mindset tarikh lahir tu adalah masa raya, maka bila aku search semula, didapati tarikh kelahiran aku ialah 3 Syawal 1408!


eh raya ke-3 birthday aku la..
Aku cuba dapatkan testimoni daripada ahli keluarga terdekat (eg. Ayah, saudara mara) tentang peristiwa kelahiran ni..
"Ingat tak (arwah) Wan pernah bersalin masa-masa raya ke? Ada tak dulu?"
Tapi semua tak ingat!! Maka aku tak dapat nak sahkan tentang hal ni. Jadilah tarikh lahir hijri aku ni sekadar mitos semata-mata..
"Sekurangnya, aku rasa selesa bila dah ada idea tentang tarikh lahir (hijri) aku. Mungkin tak setepat sangkaan, namun aku ingin pegang pendirian tentang tarikh ni.. Insya-allah~ Sannah helwah, li-nafsi.." ^-^
Namun, aku mendapat satu testimoni yang mungkin membenarkan teori ni. Ada seorang sahabat aku dilahirkan pada tarikh 26 Mei 1987 (iaitu seminggu lewat dari tarikh 19 Mei, tapi pada setahun yang lebih awal..).
"Mak aku kata aku lahir malam raya" - Megat Ibrahim 
Kalau ikutkan perubahan kalendar hijrah (apabila diadaptasi dalam kalendar masihi) adalah cepat ~11 hari.. Misalnya:
  • Raya aidilfitri 2012M / 1433H jatuh pada tarikh 19 Ogos 2012
  • Raya aidilfitri 2013M / 1434H jatuh pada tarikh 8 Ogos 2013
Jadi bila buat kira-kira ringkas sikit..
  • 26 Mei 1987 (29 Ramadhan 1407) --> 26 Mei 1988 (10 syawal 1408) *Perubahan kalendar hijrah ketika peralihan tahun masihi ialah 11hari (+11)
  • 26 Mei 1988 (10 Syawal 1408) --> 19 Mei 1988 (3 Syawal 1408)
------------------------Kemaskini lagi maklumat sebab dah banyak tahun--------------
"Satu lagi teori aku ialah disebabkan kalendar masihi dan hijri berbeza, tapi entah macam aku buat kira-kira 33 tahun Masihi bersamaan 34 tahun Hijri. Dengan kata lain, kalendar hijri 1408H (tahun 1988) betul-betul akan sama dengan kalendar pada tahun (1408H+34H=) 1442H iaitu tahun masihinya (1988M+33M=) 2021. Jadi tahun 2021 adalah tahun penentuan betul atau salah mitos ni.."
Jadi bila buat catatan tahunan raya, setakat ini: 
  • Raya aidilfitri 2014M / 1435H jatuh pada tarikh 28 Julai 2014 (aku tulis blog ni 30.7.2014 bersamaan raya ke3 --> mudahnya kira balik hari raya pertama tahun tersebut)
  • Raya aidilfitri 2015M / 1436H jatuh pada tarikh 17 Julai 2015
  • Raya aidilfitri 2016M / 1437H jatuh pada 6 Julai 2016
  • Raya aidilfitri 2017M / 1438H jatuh pada 25 Jun 2017
  • Raya aidilfitri 2018M / 1439H jatuh pada 15 Jun 2018 (bulan Ramadhan 29 hari)
  • Raya aidilfitri 2019M /  1440H jatuh pada 5 Jun 2019 (bulan Ramadhan 30 hari)
  • Raya aidilfitri 2020M / 1441H  jatuh pada 24 Mei 2020 (bulan Ramadhan 30 hari)
  • 2021M/1442H jatuh pada 14 Mei 2021. Dengan kata lain birthday aku raya kelima untuk kitaran kali ni 
  • 2022M/1443H ni raya terkejut (puasa 29 hari je) pada 3 Mei 2023. Sebab kombo hari buruh maka kerajaan umum extra cuti sehari..
  • 2023M/1444H jatuh pada 22 April 2023 (bulan Ramadan 30 hari)
اکو لاݢي سرونوک کالاو تيوري اکو اين تڤت بربنديڠ تريخ لاهير اکو جاتوه ڤد هاري راي. سموݢ ڤنموان اين ممبنتو کاون٢ سبايا (تاهون 1988) اونتوق صهکن هاري لاهير (کلندر اسلام) ماسيڠ٢

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)