Sunnah Ramadhan (part 2)

Bulan ramadhan ni la masanya nak berlumba-lumba nak kejar pahala, disebabkan adanya bonus multiplier bagi setiap amalan/ ibadah yang dilakukan dalam bulan ni
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman "Kecuali Berpuasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)" - hadith ni juga aku pernah sisipkan dalam entri bonus ramadhan
alhamdulillah checklist ni membantu kita memperbanyakkan amalan-amalan dalam bulan Ramadhan

Jadi, banyak amalan/ ibadah yang boleh dilakukan pada bulan puasa ni. Terdapatnya sunah-sunah puasa (part 1), juga solat sunat Tarawih, witir, Qiam dan pelbagai lagi..

Dalam entri kali ni, aku nak fokuskan topik kepada..

Fokus - solat tarawih
Solat tarawih adalah umpama trademark ibadah pada malam hari di bulan Ramadhan. Bila malam menjelma, ramainya pasti akan bersiap-siap ke masjid untuk melaksanakan ibadah ni. Biasanya dilakukan sebanyak 8 rakaat / 20 rakaat kemudiannya diikuti witir 3 rakaat.

Bagaimana asal-usul ibadah tarawih ni? Aku pernah terdengar akan hadith berkenaan latar belakang solat tarawih ni (ketika menyusun artikel surau suatu masa lalu), maka ingin aku kongsikannya di sini buat tatapan semua..

---------------------------------------------------<hadith>--------------------------------------------------------

Dari Aisyah r.a, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan), ketika jauh malam, keluar lalu solat di masjid dengan diikuti beberapa orang lelaki sebagai makmum. Pada keesokan harinya, terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu berkumpul lebih ramai lagi (pada malam ke-2) serta mereka solat bersama-sama Baginda. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu lagi, lalu bertambah ramai orang hadir ke masjid pada malam yang ke-3. Rasulullah s.a.w pun keluar ke masjid lalu solat dengan diikuti oleh para jemaah. Setelah sampai malam ke-4, penuh sesak masjid dengan sidang jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk solat Subuh. Setelah selesai solat (Subuh), Baginda menghadap jemaah lalu mengucap syahadah (ucapan memuji Allah Taala) dan bersabda (menerangkan sebab baginda tidak datang ke masjid untuk sembahyang tarawih bersama-sama):
“Amma Ba’du, sebenarnya tidak terlindung kepada Aku tentang kedudukan kamu (sebagai orang yang taat & suka beramal kebajikan) tetapi aku bimbang bahawa (solat tarawih) itu akan difardhukan ke atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya”.
Maka wafatlah Rasullulah s.a.w sedang perkara (solat tarawih) itu berkeadaan demikian (tidak 'wajib' dikerjakan secara berjemaah) - (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemudiannya terdapat hadith yang membawa kepada solat tarawih dilakukan secara berjemaah, seperti mana yang berikut:
Daripada Abd Rahman bin Abd al-Qari, katanya: pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar al-Khattab ke masjid, tiba-tiba kami dapati orang ramai (di masjid tu) berpecah-belah kepada beberapa kumpulan berasingan, ada yang solat seorang diri, ada pula yang solat diikuti oleh beberapa orang. Melihatkan demikian Saidina Umar berkata: “Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya.” Kemudian dia mengambil keputusan lalu mengumpulkan semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Selepas itu, saya mengiringi Saidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang tersebut). Melihatkan keadaan sedemikian, Saidina Umar berkata: “Amalan ini satu bid’ah yang baik”Hadith Sahih Riwayat Bukhari
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Some other stream of thought

Kalau diimbau saat-saat bersekolah dulu, alhamdulillah, solat tarawih aku perfect (tak pernah missed) hasil usaha pihak sekolah 'mewajibkan' solat di masjid. Aku bertekad untuk mengekalkan pencapaian sebegini di alam kerjaya semampu boleh.

Namun, cabaran di alam kerjaya (lagi pula aku kerja dalam bidang perubatan) ni ialah masa kerjaku yang tidak tetap. Sementara ramai pekerja awam bekerja di waktu pejabat: 8pagi - 5 petang (membolehkan mereka dapat beribadah malam harinya eg. solat tarawikh + qiam), tapi aku tidak berpeluang sedemikian. Ringkasnya jam bekerja aku mengikut shift (mutakhir ni) adalah seperti berikut:
  1. S1 (ala-ala waktu pejabat) 7 pagi - 5 petang --> kekerapan 1-2 hari seminggu
  2. S2 (extended) 7 pagi - 10 malam --> kekerapan 2-3 kali seminggu
  3. S3 (oncall) 10 malam - 12 tengah hari esoknya --> kekerapan sekali seminggu
  4. off day (hari cuti rehat) --> kekerapan sehari seminggu
Jadi cabarannya dalam seminggu aku ada 2-3 hari tak berpeluang nak solat tarawikh berjemaah di masjid / surau. (Bila didarab 4 minggu bulan ramadhan = 8-12 hari). Terasa ruginya v_v terbaru ni aku terjumpa satu perkongsian di laman sosial facebook..
"Bagaimana nak solat tarawikh sendirian?" --> link IslamItuIndah/cara solat terawih sendirian
Jadi, sepatutnya takde alasan untuk tidak bertarawih lagi lepas baca artikel ni.. ^-^!

---------------------------------------

Sementara itu terdapat beberapa isu berkaitan dengan solat tarawih ni (seperti mana dalam entri aku yang lalu tarawikh tahun ni), ringkasnya menyentuh hal:

  • kuantiti vs kualiti
  • selingan tazkirah 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)