Sabar

Entri kali ni adalah dari perkongsian yang aku jumpa di laman sosial facebook tak lama dulu. Memang sangat berguna kerana padanya terdapat nasihat terhadap situasi yang berlaku setiap hari..
"Dalam seharian pastinya kita menghadapi musibah dan dugaan yang menguji iman kita. Dan setiap kali berlaku, pastinya kita dinasihatkan agar bersabar. Tapi sabar yang bagaimanakah sebenarnya dimaksudkan..?"
 Jom tengok hadith bergambar ni..

Penjelasan yang disisipkan bersama..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan berdasarkan hadis Anas bin Malik r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan (dalam riwayat lain menangisi anaknya yang meninggal) Maka baginda berkata kepada wanita itu : "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."

Maka wanita itu berkata : "Engkau tidak merasakan apa yang kurasakan, karena engkau tidak mengalami musibah seperti musibahku".

Anas berkata : "Wanita itu tidak mengetahui bahwa yang menegurnya adalah Nabi". Lalu dikatakan kepadanya. "Yang menegurmu adalah Rasulullah s.a.w". 

Maka seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah s.a.w dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu di sisinya. Wanita itu berkata : "Wahai Rasulullah tadi aku tidak mengenalimu". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda : "Sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama. " (Hadis Riwayat Muslim)
  • Sabar itu bukanlah selepas kita puas mengamuk, mencaci dan mencarut lalu tersedar dan segera mengurut dada lalu berkata : “Aku bersabar.”
  • Juga bukanlah sabar itu setelah kita puas menangisi kesedihan, meratap sayu dan mendendangkan lagu di hati dengan suara-suara pilu, keluh kesah, kesalan, kesedihan yang menyayat hati serta perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat lalu kemudian setelah puas menangis dan letih dengan apa yang dilakukan maka barulah kita pun berkata : “Sekarang aku akan bersabar.”
Bukan begitu, tetapi sabar itu ialah sewaktu awal-awal terkena pukulan ujian itu dan mampu menerimanya dengan redha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang aku faham berdasarkan hadith bergambar di atas, pada minit pertama kena musibah itulah reaksi kita dinilai. Sama ada kita redha terus dengan musibah tersebut, ataupun meraung dulu baru boleh rasional.. (macam kena pula dengan isi entri recovery time from stress)
sifat sabar yang 'ideal' 
"Disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda : “Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” (Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999)."
Some other best link (aku sekadar copy paste ilmu dari blog orang ni)
antara koleksi nasihat lain yang aku dah kumpul boleh tengok sini --> nasihat (page)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)