HO Arc! Episod 22

It's becoming a very long story now..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
Episod 14 : wad kelas 3 di periphery (lelaki)
Episod 15 : kembali semula ke wad perempuan (hard mode)
Episod 16 : Geriatrik Ward
Episod 17 : Wad kelas 3 di periphery (perempuan)
Episod 18 : retag (1st)
Episod 19 : hard stage CRW
Episod 20 : dengue wad lelaki
Episod 21 : retag (2nd)
"I can feel it, posting medical almost come to a close.."
Episod 22 - Dengue wad perempuan (24 -30 Mac 2014)
Wad denggi perempuan, tak ubah macam wad denggi lelaki. Tapi entah macam mana, dijangkakan pesakit perempuan tak ramai, maka bilangan tenaga kerja (HO) hanya terhad pada 3 orang sahaja (kalau wad lelaki dulu HO ada 8 orang).. Jadi watak utama HO dalam episod kali ni ialah aku, Afiqah dan Kitt. Dua-dua kawan sekerja aku dah kenal sejak wad denggi lelaki lagi (dan kami kekal satu wad ketika peristiwa retag 2nd juga ^-^!)


Jadi lagi sekali, aku mulakan episod ni sebagai watak postcall (maksudnya sehari sebelumnya aku kerja sepanjang malam). Dan lagi menariknya ketiga-tiga kami oncall semalam, agak eventful.. Jadi pagi tu semua kepenatan. Macam mana nak kerja kali ni??

Tapi syukurlah, kebetulan wad denggi perempuan mengalami proses pemindahan pada hari kami postcall. Ringkasnya..
"Pada suatu masa episod 20, oleh kerana wabak denggi begitu berleluasa, maka wad khas denggi diwujudkan untuk kumpulkan semua pesakit denggi dalam wad. Jadi ringkasnya 2 wad denggi telah ditubuhkan; wad denggi lelaki bertempat di wad15 (dulunya aku kerja wad ni ketika posting O&G - episod 2), sementara wad perempuan di wad 25 (ni asalnya wad medical perempuan jadi takde isu timbul).. 
Maka isu telah timbul yang mana jabatan O&G ni meminta semula wad mereka untuk diguna semula.. Oleh kerana wad15 asalnya milik mereka, maka terpaksalah dipulangkan semula. So wad15 dah tak ada, wad denggi lelaki perlukan tempat baru. Oleh kerana wad 25 itu asalnya milik medical, dah bersaiz besar maka wad25 dijadikan wad denggi lelaki pula.."
"Jadi wad denggi perempuan nak letak mana pulak?? Sementara nak set up latar baru, mereka menumpang di wad-wad biasa, di bawah pengurusan wad tersebut.."
Jadilah hari ni kebetulan hari pemindahan dan penempatan wad baru denggi perempuan. Pinjam sebahagian dari wad 20 pula (ni wad ENT sebenarnya). Alhamdulillah, hari pertama ni takde kemasukan pesakit sebab lambat set up. Jadi dapatlah kami berehat dulu ^-^ 
  • Sementara itu aku menghadapi final viva pada episod ni.. Examiner kali adalah oleh ketua jabatan sendiri iaitu Dr N serta Dr Tho. Perbincangan kali ni lebih straight forward, mencakupi topik UGiB, DKA, MI. Dan akhirnya aku diluluskan juga..
"Huh, finally start to see an end to this struggle v_v Alhamdulillah" - status facebook bertarikh 25 Mac 2014
Well, sepanjang kerja di wad denggi ni agak uneventful.. Yosh, sejak dah lulus ni aku bersemangat kerja pula.. Cuma tinggal saja tugasan akhir di medical..

Next episod would be the last episode in medical posting.. v_v insya-allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)