Motosikal

[Entri ni sempena ulang tahun pertama pemilikan motosikal impian aku.. ^-^! dah berlalu lebih seminggu dari tarikh entri, tapi takpe la..]
"Ulang tahun pertama. Alhamdulillah.. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
[Surah. Az-Zukhruf 43: Ayat 13-14] Alhamdulillah dan terima kasih atas segala kemudahan..
Semoga nikmat ini berpanjangan lagi.. " - post dari facebook bertarikh 31 Januari 2016
Fokus - motosikal sebagai kenderaan utama..
Sejak entri dahulu kala transport ke tempat kerja, dah lebih 3 tahun dah. Berbekalkan wang gaji yang pernah dikumpul, maka aku memilih motosikal sebagai kenderaan utama di tempat kerja ^-^!
"Kau pakai motor (motosikal) lagi ke? Dah jadi doktor pun masih naik motor..??"
"Jadi doktor kenalah ranggi sikit ; kereta elegan, pakaian smart.. Ini tak, naik motor je apa cerita??"
Antara hujanan persoalan yang ditimpakan terhadapku apabila mengetahui hakikat tersebut. Ingat lagi hierarki aturan kenderaan/ pengangkutan pilihan aku (fokus berkenaan pengangkutan entri lain)?Motosikal adalah yang kedua pemilihan kendaraan dalam perjalanan ke mana-mana sekali pun. Kalau nak diberikan alasan/ sebab-musabab, maka aku nak jawab, "motosikal....;
  • lebih mudah bergerak tatkala mengharungi jalan sesak waktu puncak. Jadi paling jimat masa naik motosikal tanpa provokasi emosi (kalau jalan sesak naik kereta, tentunya maki-hamun, menyumpah-seranah pengguna jalan yang lain--> baiknya elakkan semua provokasi sebegini)
  • eksplorasi jalan raya lebih senang dengan motosikal - kalau-kalau tersalah lorong atau tak pasti, pusing balik je kembali ke pangkal jalan dan cuba lagi..
  • minyak petrol lebih jimat?! ^-^! setakat rekod catatan aku tentang penggunaan minyak petrol;
"RM6 bersamaan 3.75L petrol, boleh digunakan untuk 150-160km perjalanan. Sementara penggunaan kereta dengan jarak yang sama menghabis RM20 nilai minyak. Jadi, bila kira-kira sikit perbelanjaan aku untuk sebulan untuk motosikal ~RM42-48, sementara bagi kereta pula RM140-160.." --> tapi tentulah adanya pemboleh ubah seperti jenis gear (auto/manual), keadaan trafik (sesak/lancar) dan faktor lain yang menentukan hal ini..
  • keempatnya, lebih kepada alasan peribadi semata-mata. Sementara aku bekerja dalam satu profesion yang dijulang tinggi, aku ingin terus diperingat agar tidak begitu bermewah dalam kehidupan seharian..
"Getting rained on (sakit tau kena air hujan kalau tak percaya sila cuba tunggang motor dengan kelajuan 50km/j, kau akan tau walau hujan renyai sekali pun ibarat ranjau duri yang menusuk badan.. --> kalau bawak laju lagi rasa) , splashed on (ketika hujan kenderaan lain begitu bersahaja menempiaskan lopak air), smoked on (oleh asap kenderaan), cold air (malam dan hujan) are part of hardships that other unfortunate people may have. Thus, by fitting into their shoes then i'll remember to be kind and considerate to other people.."
dan mungkin ini pun boleh jadi alasan..
 ^-^! baik. sudah-sudah la tu nak pertahankan pendirian sendiri.. Aku akui naik setiap kenderaan ada bahaya dan faedah tersendiri.. Dan bagi motosikal, risiko yang paling berbahaya adalah melibatkan keselamatan..
"Kau (motosikal) langgar orang lain (kereta dll) , kau yang injured. Orang lain (kereta dll) langgar kau (motosikal) pun, tetap kau yang akan injured. betapa lemahnya motosikal ni.." - nasihat ketika kursus teori memandu masa ambil lesen dulu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan salah faham pendirian ini. Aku tetap mampu, boleh dan akan memandu kereta apabila kena dan sampai masanya..
"Sejak menyambung kerjaya di Sarawak, betapa banyak peluang aku memandu kereta nampaknya. malahan banyak pula pendedahan aku kepada kepelbagaian jenis kereta dari SaGa (versi baru), EXoRa, FieSTa, MyVi, AvanZa, GeTz, CiTy, WaJa, JaZZ, SupriMa semuanya adalah kali pertama bagiku ^-^! tak dilupakan juga skill memandu manual Iswara tetap diperkemas ketika balik bercuti di rumah.." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)