Siblingship

Entri kali ni terbit hasil perkongsian dari laman media facebook (lagi ^-^! haha..) . Jom aku kongsikan sekali lagi di sini..

kredit kepada karyawan komik di atas kerana inspirasinya..
Kalau diteliti tentang komik ini, ia berkisar tentang kasih sayang antara adik-beradik; yang mana walau hubungan antara adik-beradik selalunya nampak nakal dengan gurau senda, namun pada satu sisi terdapat kasih sayang yang mendalam (yang susah nak nampak dari kalangan kawan-kawan)...

Aku agak terganggu dengan satu adegan baru-baru ni..

"You don't get along together nowadays, aren't you?" - tanyaku kepada seorang si abang yang tidak lagi beramah mesra dengan si adik (walaupun dah berpisah dek sekolah berasrama)
Halnya sejak tinggal di Sarawak, aku menumpang tinggal bersama dengan sebuah keluarga berlima ni. Antara niatnya, aku ingin memerhati suasana kekeluargaan sebelum aku memulakan keluarga sendiri. Tapi alang-alang ingin sekali aku kenang semula hubungan kekeluargaan (sesama anak-ibu bapa, sesama adik-beradik dll) melalui pemerhatian ini..

Dari awal permulaan, si adik beradik ni agak ngam berdua. Maka banyak aktiviti aku dapat ajak buat bersama (contohnya tengok movie, main game, berenang dll).. Sehinggalah baru-baru ni, sejak abang dah bersekolah asrama, sekembalinya di rumah mereka kelihatan renggang dan tidak mesra..
"Mungkin ke ni salah satu peringkat kematangan..? Atau mungkin ke mereka ni bergaduh di luar pengetahuan aku..? Ke abang 'stress' dengan cabarannya..? " - pelbagai spekulasi yang terlintas dalam kotak fikiran
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang meluangkan masa bersama, seringkali aku cuba merancang aktiviti bersama. Yang mana kebanyakan aktiviti dijayakan apabila mereka ada bersama.. Sama ada main game atau tengok movie sekali pun, aku lebih suka dilakukan secara bersama oleh mereka berdua. Maksudnya kalau takde salah seorang, memang takde aktiviti pun yang dijayakan..
"Pada masa tersebut, aku ingin menerapkan hubungan brotherhood intim antara mereka berdua, sepertimana aku dan adik aku suatu masa lalu..(entri brotherhood (3)), tapi nampaknya mereka masih mentah lagi.."
Teringat aku akan satu nasihat, dijumpai di laman sosial juga dah lama. Baru la sampai masa nak kongsi dalam blog..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Some other stream of thought
Sementara itu, baru je nak berbangga tentang perlunya kepada hubungan kekeluargaan intim kebetulan sampai pula kepada bacaan Al-Quran seperti berikut..
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. [Surah Luqman: Ayat 33]"
Walau seintim mana hubungan sekali pun, azab di akhirat semua kena tanggung masing-masing.. kecuali la bila..(akan bersambung lain kali)..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)