Sedeqah (4)

Bismillah..

Oleh kerana entri kali ni adalah berkenaan dengan hal sedeqah, maka jom kita ulangkaji semula entri blog sebelum ini (yang berkaitan)..
  • Sedeqah - mengupas tentang adab dalam bersedekah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274
  • Sedeqah (2) - salah satu contoh situasi dalam kehidupan yang membawa kepada keperluan bersedekah
  • Sedeqah (3) - syaitan akan menakutkan kita dengan kemiskinan sebab bersedekah. Tapi ada hadith yang menyatakan supaya jangan bakhil & tamak haloba
Ok, aku dah ingat dah! Persoalan yang timbul dek entri sedeqah (2) adalah seperti di bawah..
"Tanpa sedar, nikmat harta turut buat aku hanya fikirkan diri sendiri dan lupa orang lain.. Bukanlah mahal mana pun nasi lemak (RM2.5 je aku selalu aku makan), kalau nak dibandingkan dengan gaji yang aku dapat hasil kerja sebulan. Apa salahnya sekali sekala, sedekah je kat orang yang memerlukan.. Takkan nak berkira juga kot.."
"Beserta dengan nikmat harta, Allah juga turunkan satu ujian (yang kita selalu tak perasan) iaitu bagaimanakah nikmat ini akan digunakan? adakah kita sekadar bersyukur di lidah sahaja..? Apakah kita akan membantu orang lain dengan nikmat harta tersebut, atau kita hanya gunakan untuk diri sendiri semata-mata.."
Maka terbaru ni, baca-baca al-Quran lagi maka aku sampai ke satu ayat berupa nasihat, yang bagi aku sangat kena dan menjawab persoalan yang lalu. Maka ingin sekali aku kongsikan dalam blog ni. [nota -  sebab ayat-ayat nasihat ni saling berkait, maka aku salin semula panjang.. ^-^ semoga tak mengubah maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan..]

-------------Dari Surah Ar-Rum (30)-----------------

33: Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.

34: Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami (Allah) berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka),"Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)"

35: Pernahkah Kami (Allah) menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?

36: Dan apabila Kami (Allah) beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

37: (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya (sebagai cubaan adakah orang itu akan bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima redha dan sabar ataupun tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman

38: Maka (bagi menyatakan sikap syukur), berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta musafir akan haknya masing-masing. Pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya

39*: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (iaitu tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedeqah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda

  • Apa yang aku cuba fahamkan secara tersiratnya dari ayat 39 ini ialah, apa jua satu pemberian/tambahan (sedeqah) yang kita berikan maka ia tak akan sekali-kali berkembang di sisi Allah. [misalnya semalam dah derma RM100, hari ni derma RM100, esok derma RM100 --> kita menyangka dalam bank (pahala) Allah adalah seumpama dah derma (terkumpul) RM300 --> harap-harap cukup nilai untuk syurga Allah?]. 
"Kalau demikianlah halnya, maka tentulah orang kaya mendapat kelebihan yang lebih banyak berbanding orang miskin, sebab mereka mampu untuk derma RM100 tanpa kesulitan & keberatan, sementara orang miskin mungkin tidak mampu untuk berbuat derma yang sama tanpa menghadapi kesulitan.."
  • Tapi hakikatnya bukan begitu. setiap kali sedeqah yang kita berikan hanyalah untuk mendapat redha Allah semata-mata.. Bagaimana? Wallahu a'lam.. (kalau aku dah jumpa insya-allah akan dikongsikan dalam episod sedeqah yang lain.. ^-^!)
*Yang ni boleh kaitkan dengan entri Kerana Rahmat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari ayat tersebut, maka dah sedarlah aku bahawa sememangnya nikmat harta ni hanyalah ujian Allah semata-mata.

Semoga aku lebih ikhlas bersedeqah lagi nanti..

-------------------------
Jom, ikuti nasihat yang lain dalam (page) Nasihat. Ada banyak entri yang menarik ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)