Iftar Sepintar
(Nota - Entri ni sepatutnya bertarikh semalam 3 Ogos 2013 tapi sebab balik lewat malam dan penat maka aku tangguh tulis ke hari ni ^-^)
Hari ni aku sertai majlis IFTAR tahunan anjuran dan hasil kerjasama kawan-kawan SEPINTAR 0405, bertempat di Nilai iaitu rumah salah seorang sahabat kami. Berikut adalah tentatif yang dirancang oleh pihak penganjur:
5.oo petang - ketibaan awal tetamu dan peserta, disertai persiapan tempat dan juadah IFTAR
*Aku sampai pukul 7.15 petang kerana sesat jalan ^-^!
7.3o petang - IFTAR ringan (makan tamar dan minum-minum sikit)
7.45 petang - solat Marghrib berjemaah imam Hakim
8.oo malam - IFTAR
8.5o malam - solat Isya', tarawikh 8 rakaat, tazkirah 15 min oleh Muadz dan solat witir 3 rakaat oleh Imam Amin
1o.oo malam - moreh, sesi icebreaking & update perkembangan semasa.
12.oo tengah malam - bersurai
Diperihalkan majlis ni adalah aktiviti tahunan, tapi ni antara kalinya aku sertai kawan-kawan aku ni sejak sekian lama..
Sementara aku dengan naifnya sentiasa berharapan agar hati-hati ni sentiasa berhubung rapat dengan kawan-kawan setelah berpisah, namun secara realitinya perkara tersebut adalah sukar untuk diaplikasikan secara menyeluruh, terutamanya apabila mencakupi kawan-kawan dari pelbagai zaman persahabatan..

"Jujurnya, sejak habis sesi SEPINTAR 0405 aku menyambung di KMPK 0607 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di UNIMAS 0712. Jadi 5.5 tahun di dunia borneo memang nyata memutuskan perhubungan aku dengan kawan-kawan, apatah lagi masa tu media sosial sangat terhad (Nota - handphone secara rasmi akhir 2005, mula aktif berinternet 2006, laman sosial facebook 2008, smartphone eg. Whatsapp etc 2011) maka tentunya aku telah berpisah tanpa berhubung, tapi syukurlah dipertemu semula dengan kawan-kawan ni.."
some people sure are changing... and unchanging in certain way ^-^! nevertheless, they cherish memories they once had together in the past, and that is the only thing that matter |
Fokus - bersatu hati
Menariknya, perjumpaan ni memaparkan nilai ukhwah / persahabatan yang intim sesama kawan-kawan. Walaupun yang berkumpul ni dari latar belakang serta mendapat pengaruh yang berbeza, namun masing-masing seolah-olah bersatu hati untuk bersua kembali, mengongsikan pengalaman dan kisah masing-masing. Dan paling menariknya, sungguhpun media internet telah pun menghubungkan sesama mereka hampir setiap hari (kalau tengok group whatapps tiap-hari 700+ mesej tak terbaca olehku ^-^!) namun bila melibatkan pertemuan nyata, suasana tampak lebih intim.. Alhamdulillah~

"Sampai sekarang, aku sedang meng'kaji' (memerhati) tentang hubungan (bond) sesama manusia merangkumi hubungan kekeluargaan, persahabatan dan termasuk couple sekali pun. Persoalannya, hubungan yang sebagaimanakah paling ideal dan membahagiakan..? Masing-masing juga mempunyai situasi eksklusif biar pahit ataupun manis.." (entri tentang keluarga lagi)Melihatkan pertemuan sebegini (dan betapa mereka 'bersatu hati'), lantas aku teringat akan satu nasyid Rabitah Hati yang sering ku dengar menjelang maghrib di SEPINTAR dulu (nota - asalnya intipati lagu ni adalah berdasarkan doa Ma'thurat jadi sebab tu la time maghrib tu orang baca Ma'thurat lalu melagukan doa ni) ^-^
"Aamiin, semoga Allah mengeratkan ikatan ukhwah antara kami ini. Dan semoga aku menjadi sebahagian daripada mereka" ^-^Some other stream of thought
Sementara aku dengan naifnya sentiasa berharapan agar hati-hati ni sentiasa berhubung rapat dengan kawan-kawan setelah berpisah, namun secara realitinya perkara tersebut adalah sukar untuk diaplikasikan secara menyeluruh, terutamanya apabila mencakupi kawan-kawan dari pelbagai zaman persahabatan..
"Sebelum menilai orang lain, perlunya menilai diri sendiri dulu: Syed, kau mempunyai sahabat sepanjang zaman SKTN 95/96 SRP 96/00, SEJAYA 0103, SEPINTAR 0405, KMPK 0607, UNIMAS 0712. Mampu ke kau nak berhubung rapat kembali semua kawan-kawan dari setiap zaman tersebut..?"Dengan perasaan naif, tentulah aku akan cuba untuk situasi 'all-win' (iaitu ingin berhubung kembali dengan semua). Namun, aku perlu sedar hal ni bukanlah perkara yang mudah. Malah, terdapat sebilangan watak yang memilih untuk melupakan kisah silam ni langsung (tak nak berhubung dengan siapa-siapa yang berkaitan dengannya), terutamanya jika mempunyai kenangan pahit padanya..
Ulasan