Dusta
"Don't you ever lie to anyone. Because, if you lie even though just once, you will need to lie 9 more times to cover it up.. and that would multiplies your dosa even worse.." - katanya speaking..Fokus - dusta (linkage entri live-action-trigger!)
Kalau diamati sepanjang kehidupanku, sememangnya ada situasi-situasi yang membuatkan diri terpaksa berbohong (terutama apabila demi kepentingan diri). Jadi aku akui betapa susahnya nak membentuk peribadi Al-amiin seperti mana Rasulullah s.a.w
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-'As r.a, Nabi s.a.w bersabda (yang bermaksud), "Empat perkara siapa yan mempunyainya maka jadilah dia munafiq yang sebenarnya, dan siapa yang mempunyai satu cabang darinya, nescaya dia mempunyai satu cabang dari sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya. Apabila diberi amanah, dia khianat; apabila dia bercakap, dia dusta; apabila berjanji, dia melanggarnya; dan apabila bergaduh, dia melampauinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Dan dikhabarkan perbuatan dusta di antara salah satu pintu utama ke neraka, seperti mana
Daripada Abu Bakar as-Siddiq r.a, Nabi s.a.w bersabda (maksudnya), "Dan jauhilah kamu dari dusta kerana ia merupakan pintu dari pintu-pintu neraka.."Dikatakan ada tiga kategori dusta ni iaitu:
- melalui perkataan - iaitu perkataan yang tidak sesuai dengan perbuatan yang dilakukan
- melalui tulisan - selalunya melibatkan tulis laporan yang tidak selari dengan keadaan yang sebenarnya..
kebetulan pula ^-^! maaf la~ |
- melalui hati - iaitu hatinya sama sekali berlainan dengan apa yang diucapkannya.
Hmm v_v kena terus muhasabah diri dan perbaik amalan ni..
Some other stream of thought
- bila menyedari hakikat ni, aku semakin mendapati ada baiknya menjadi pendiam berbanding dengan berkata dusta (entri aku yang pendiam)
- Oh ya, ketika dipersoalkan tentang amalan diri ketika hari kebangkitan di akhirat nanti, diceritakan bahawa mulut tidak dapat bercakap, sebaliknya anggota badan lain pula yang menjadi saksi dan menceritakan hal sebenarnya..
"Pada waktu itu, Kami meteraikan mulut mereka (sejurus), dan Kami (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka menjadi saksi tentang apa yang mereka usahakan" (Surah Yaasiin 36:65)
- Ada juga pihak yang membahaskan tentang bohong sunat, dan aku tidaklah begitu arif tentangnya.. Oleh itu, jom semak link berikut --> soal jawab bohong sunat
Ulasan