tak ingat/kenal
"Mungkin awak tak bersalah. Tapi awak kena ingat semula siapa yang duduk sebelah awak masa tu.. Kalau tak, kami takde cara lain sebab awak la je suspek yang kami tahu ada masa tu. Saya harap awak bersedia nanti.." - ujar sister bertugas kepadaku
"Bersedia? Saya kena buat apa?"
"Tak tahulah, mungkin *mereka (*merujuk kepada pihak hospital yang membekalkan peralatan) laporkan pada ketua jabatan pasal hal ni? Mungkin mereka minta ganti rugi RM2000 untuk satu set.. Bersedialah, atau awak dapat cari pesalah sebenar.."
"(ok, just great~~)" - nada ironiWhat was the start of all this?? Jom kita imbas kembali 2 minggu lalu (dari tarikh entri ni)..
-------------------------------------------<flashback start>------------------------------------------------
Jumaat, 2 OGOS - Jabatan Pembedahan mengadakan satu sesi conference tentang prosedur berkaitan Blood transfusion lantaran ada isu yang pernah berlaku, menyebabkan kematian. Aku antara peserta yang hadir ke conference tersebut membincangkan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan ketika proses pensampelan darah (supaya kejadian tersebut tak berlaku lagi).
"Blood transfusion adalah satu prosedur pemindahan darah yang asalnya bertujuan menyelamatkan nyawa pesakit (dari kehilangan darah yang banyak). Namun demikian, adanya faktor antibodi unik kumpulan darah ABO serta Rhesus status maka pemindahan darah ni menjadi satu prosedur yang perlu dilaksanakan secara berhati-hati. Kesilapan (eg. salah kumpulan darah) boleh mengakibatkan kehilangan jiwa"Jadi apa yang berlaku, tempat aku duduk asalnya disediakan wireless microphone untuk tujuan interaksi (soal jawab) walaupun sebelum majlis dimulakan. Tapi memandangkan dalam sesi ni pihak 'menjawab' pasti akan menjadi bahan serangan maka aku cepatnya mengalihkan mikrofon tersebut ke tempat duduk sebelah dengan harapan mereka akan terus pass around kepada orang lain.. (maksudnya aku harap tak kena soal-soal la ketika sesi ni).. Ketika tentatif kehadiran dan pendudukan peserta / pendengar sesi di tempat duduk, aku pasti adanya sekumpulan staf yang duduk di sebelah aku semasa aku mengalihkan mikrofon tersebut. Cuma di pertengahan majlis, kumpulan tersebut beredar (aku tak pasti sama ada tukar tempat ataupun langsung beredar keluar)..
"Mic? Mana (wireless) mic tu? Patutnya ada bagi tadi kan?" - tanya si penganjur ketika sesi majlis
"(Eh? Mic dah hilang?)" - bisikku-----------------------------------------------<flashback end>---------------------------------------------
"(Great! Aku tak ingat apa-apa peristiwa yang melibatkan siapa-siapa, selagi aku belum kenal orang tu) Macam mana sekarang ni??"
Jadi demikianlah halnya. Tak sangka tabiat aku yang tersebut membuatkan aku terjebak dalam kes ni. Serius, satu disadvantage buat diriku sebab aku tak dapat nak nyatakan tentang kumpulan staf yand duduk di sebelah aku tapi beredar separuh jalan tu' maka dalam kes ni aku menjadi suspek utama..
"Macam mana nak selesaikan ni? Aku tahu aku takkan blindly salahkan siapa-siapa kawan aku, namun aku betul-betul tak dapat ingat orang masa tu"Some other stream of thought
Tabiat ini juga diperihalkan dalam karya aku yang mana:
"Watak Syed digambarkan tak kenal (ingat) mana-mana junior form 1 sebab tak pernah berinteraksi dengan mereka langsung. Maka kawan-kawan sekelasnya terpaksa menjelaskan lagi kepada Syed ni, namun jalan terbaik untuk menjelaskan kepadanya ialah dengan membawa Syed berjumpa sendiri dengan watak tersebut.." - adegan dalam episod 29Masalahnya perangai ni.. dah sampai masa kena berubah, kot ^-^!
Ulasan