Dah lama tak tulis blog.. ^-^ sebab bulan ni berlakunya peristiwa penting dalam hidup aku serta jadual kerja yang jadi padat akibat peristiwa tersebut.. maka malam ni baru lah aku ambil kesempatan untuk kisahkan dalam blog ni.. "Alhamdulillah, berlalu sudah tempoh pertunangan aku selama kira-kira 7 bulan 4 hari, maka 1 Mei 2016 adalah titik permulaan kehidupan berumah tangga bagi aku..." (bila aku tunang ?) Jadi entri kali ni fokuskan pada perkara-perkara yang berlaku sekitar perkahwinan kami.. Fokus A - Dugaan bertunang " Aku pernah terdengar akan suatu nasihat (hadith kot? aku tak pasti sumber asalnya) bahawa pada hari perkahwinan /akad nikah syaitan akan menangis. Hal ini disebabkan melalui perkahwinan, hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan (suami isteri) telah halal, malah mendapat pahala.. pendek kata, syaitan ni hilang satu peluang untuk mengajak manusia ke arah kejahatan.. " - entri blog sendiri [Lagu] Barak-allahu-lakuma Maka semes...