Kahwin

Dah lama tak tulis blog.. ^-^ sebab bulan ni berlakunya peristiwa penting dalam hidup aku serta jadual kerja yang jadi padat akibat peristiwa tersebut.. maka malam ni baru lah aku ambil kesempatan untuk kisahkan dalam blog ni..
"Alhamdulillah, berlalu sudah tempoh pertunangan aku selama kira-kira 7 bulan 4 hari, maka 1 Mei 2016 adalah titik permulaan kehidupan berumah tangga bagi aku..." (bila aku tunang?)
Jadi entri kali ni fokuskan pada perkara-perkara yang berlaku sekitar perkahwinan kami..

Fokus A - Dugaan bertunang
"Aku pernah terdengar akan suatu nasihat (hadith kot? aku tak pasti sumber asalnya) bahawa pada hari perkahwinan /akad nikah syaitan akan menangis. Hal ini disebabkan melalui perkahwinan, hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan (suami isteri)telah halal, malah mendapat pahala.. pendek kata, syaitan ni hilang satu peluang untuk mengajak manusia ke arah kejahatan.." - entri blog sendiri [Lagu] Barak-allahu-lakuma
Maka semestinya para syaitan bertungkus-lumus menghasut untuk menggagalkan usaha ini. Semua interaksi yang boleh mencetuskan maksiat dijadikan tampak indah, manakala semua perbualan untuk menjayakan perkahwinan boleh menimbulkan pergaduhan..

antara dugaan lain yang boleh jadi..
Fokus B - Akad nikah
Teringat aku akan satu nasihat yang aku jumpa kat laman sosial facebook tentang hakikat di sebalik lafaz akad nikah. Kemudian cari-cari di internet nasib baik senang jumpa semula. Nah, ni dia..


Maka timbulnya kerisauan (ni aku percaya hasutan syaitan juga ni) tentang hal perihal isteri aku ni. Bagaimanakah kelakuan dia agaknya.. Adakah dia seorang yang akan menyebabkan aku masuk neraka nanti? Adakah aku mampu untuk mendidiknya kelak..??
"troubled mind and soul" - status facebook bertarikh 26.4.2016 menjelang hari pernikahan aku..
Pada saat pernikahan tersebut, memang terasa kacau jiwa dan raga ^-^! sampai timbul hasutan yang bukan-bukan.. Namun, pada saat-saat puncak peristiwa ni, aku menatap semula wajah ayah dan makdah sebelum melangsungkan akad nikah..
Berdasarkan pemerhatian ni, aku yakin majlis sebegini merupakan antara saat-saat indah buat ibu bapa. Ye la, siapa tak gembira bila melihatkan si anak yang dahulunya di bawah jagaan mereka (makan, minum dll) kini telah memulakan keluarga baru..Pada kaca mata aku sebagai anak, perasaan ni aku masih tak dapat dalami sebab aku tak hadapi situasi ni sendiri, namun begitulah andaian yang aku dapat fikirkan.. - entri blog yang sama
Dah selesai akad nikah maka segalanya mula berubah. Ternyata perasaan marah, tak puas hati akibat pertelingkahan (dugaan) sebelum berkahwin seolah-olah segalanya kian pudar. Apa yang mendatang semuanya tampak manis ^-^!..
"Mungkin ke ni yang dikatakan indahnya cinta selepas kahwin..? i wonder.."
Namun, kehidupan serba baru kini bermula. Semoga aku (dan isteri) setia menyahut cabaran mendatang..

to be continued..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)