Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

Profil sebagai pembaca buku

Pesta buku antarabangsa KL berlangsung lagi. Beli lagi. Aku bukan seorang pembaca tegar, tapi aku berusaha untuk mencintai buku.  Jadi entri kali ini lebih kepada muhasabah diri dalam menilai kecenderungan aku terhadap buku. Melalui buku Projek Bibliofil, ada panduan / semak diri untuk aku lebih kenali diri dari aspek profil pembaca.. --Bahagian satu-- Jika seseorang mencadangkan anda membaca sebuah buku anda.. Jawapan aku: (A) hanya akan baca jika ia sesuatu yang disukai  Koleksi buku anda terdiri daripada.. Jawapan aku: (C) buku-buku berkualiti tinggi dan hampir kesemuanya sudah dibaca Jika perlu menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, anda akan.. Jawapan aku: (B) berjalan dari satu rak ke rak dan membelek satu persatu buku  Bagaimana anda mendapat maklumat tentang buku baru? Jawapan aku: (A) melalui media sosial dan laman web penulis buku  Jika seseorang bertanya tentang buku bagus terakhir yang dibaca, anda.. Jawapan aku: (C) tahu satu tajuk buku yang pasti akan disukainya.

Tips Membaca Al-Quran

Imej
 Bismillah  Dah lama tak tulis blog. Kali ni terjumpa satu perkongsian di media sosial. Tersentuh niat kalau-kalau nak kongsikan lagi pada kaedah yang berbeza. Jadi simpan sini dulu.. --salin tampal dari hantaran media sosial -- TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. ‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..  ‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك . 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), ‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. ‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، . 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, ‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. ‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخف