Profil sebagai pembaca buku

Pesta buku antarabangsa KL berlangsung lagi. Beli lagi. Aku bukan seorang pembaca tegar, tapi aku berusaha untuk mencintai buku. 

Jadi entri kali ini lebih kepada muhasabah diri dalam menilai kecenderungan aku terhadap buku. Melalui buku Projek Bibliofil, ada panduan / semak diri untuk aku lebih kenali diri dari aspek profil pembaca..

--Bahagian satu--

Jika seseorang mencadangkan anda membaca sebuah buku anda..

Jawapan aku: (A) hanya akan baca jika ia sesuatu yang disukai 

Koleksi buku anda terdiri daripada..

Jawapan aku: (C) buku-buku berkualiti tinggi dan hampir kesemuanya sudah dibaca

Jika perlu menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, anda akan..

Jawapan aku: (B) berjalan dari satu rak ke rak dan membelek satu persatu buku 

Bagaimana anda mendapat maklumat tentang buku baru?

Jawapan aku: (A) melalui media sosial dan laman web penulis buku 

Jika seseorang bertanya tentang buku bagus terakhir yang dibaca, anda..

Jawapan aku: (C) tahu satu tajuk buku yang pasti akan disukainya.

Rumusan dari pilihan aku: disebabkan jawapan aku tak begitu konsisten dengan kategori tertentu maka aku kategori bercampur

Kategori (A) Pembaca ikut keselesaan sendiri. 

Kategori (B) Pembaca buku bersifat universal

Kategori (C) Pembaca rakus

Sedangkan kategori D ialah pembaca hal praktikal iaitu melibatkan isu / trend semasa. Disebabkan takde jawapan kategori (D) maka aku bukan jenis ini

--bahagian 2 berkenaan genre buku--

Pernyataan mana yang lebih sesuai dengan anda

Jawapan aku: (E) saya sukakan sesuatu yang misteri dan sukar dijangka 

Jika anda mempunyai satu permintaan, apa yang anda akan minta? 

Jawapan aku: (E) Lebih banyak perkara misteri dan sukar dijangka terjadi dalam hidup saya 

Jika anda boleh mengubah sesuatu di dunia ini, apa perubahan yang akan dibuat?

Jawapan aku; (E) saya akan jadikan perkara di dunia ini sukar diramal dan penuh dengan kejutan 

Jika anda boleh mengubah sesuatu tentang diri sendiri, apa yang ingin diubah?

Jawapan aku: (E) saya mahu menjadi lebih peka tentang misteri dan kejutan -kejutan kecil dalam hidup 

Apakah pekerjaan yang sesuai untuk anda?

Jawapan aku: (F) apa sahaja yang praktikal, dengan bayaran setimpal dan tidak mengganggu masa bersama keluarga 

Rumusan berkaitan jawapan aku. Kali ini konsisten sangat aku suka genre misteri/detektif/psikologi. Cuma ada satu jawapan unsur (F) iaitu genre realism. Mungkin ini atas pemgaruh pengalaman dah dewasa ni, malas nak terlalu komited dengam kerja. Lebih baik masa dengan keluarga.


-- bahagian tiga --

Kedai buku yang disukai

Nama kedai: MPH / cawangan TRX Mall 

Sebab : MPH antara kedai buku yang agak seimbang produk tempatan dan antarabangsa. Kalau MPH besar ada jualan barang hadiah (gift) yang menarik dan unik untuk Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)