Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

Profil sebagai pembaca buku

Pesta buku antarabangsa KL berlangsung lagi. Beli lagi. Aku bukan seorang pembaca tegar, tapi aku berusaha untuk mencintai buku.  Jadi entri kali ini lebih kepada muhasabah diri dalam menilai kecenderungan aku terhadap buku. Melalui buku Projek Bibliofil, ada panduan / semak diri untuk aku lebih kenali diri dari aspek profil pembaca.. --Bahagian satu-- Jika seseorang mencadangkan anda membaca sebuah buku anda.. Jawapan aku: (A) hanya akan baca jika ia sesuatu yang disukai  Koleksi buku anda terdiri daripada.. Jawapan aku: (C) buku-buku berkualiti tinggi dan hampir kesemuanya sudah dibaca Jika perlu menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, anda akan.. Jawapan aku: (B) berjalan dari satu rak ke rak dan membelek satu persatu buku  Bagaimana anda mendapat maklumat tentang buku baru? Jawapan aku: (A) melalui media sosial dan laman web penulis buku  Jika seseorang bertanya tentang buku bagus terakhir yang dibaca, anda.. Jawapan aku: (C) tahu satu tajuk buku yang pasti akan disukainya.