Simpan Emas
Sejak tahun 2018, aku mula menyimpan emas sikit-sikit. Sebelum bermula, ada la aku baca-baca beberapa buku tentang emas, antaranya Zulkiflie Shafie - Wang Emas bertahan ketika gawat Syukor Hashim - Menyingkap rahsia pelaburan emas (aku suka buku ni) Lepas habis baca barulah aku mengorak langkah untuk memulakan simpanan emas. Jadi entri blog ini hanya sekadar 'nota pantas' sebagai ingatan tentang aku & emas. (Nota - entri ini tidak bermakna aku dah jadi sifu/ paling arif tentang emas. Hanya sekadar berkongsikan sedikit pengalaman sahaja untuk panduan pembaca lain) 1) Jual beli emas ada dua jenis iaitu Emas fizikal (nampak dan boleh pegang) Emas maya (sekadar nombor dalam buku/app akaun semata-mata) "Emas fizikal" ni seronok dan paling meyakinkan sebab dapat produk di tangan. Cuma ia datang pada unit/jisim tertentu (macam 1g, 5g, 10g, 20g dan seterusnya), ditambah lagi dengan harga emas yang semakin melambung, kita tak akan kekal mampu untuk beli emas fizikal saban...