Simpan Emas

Sejak tahun 2018, aku mula menyimpan emas sikit-sikit. Sebelum bermula, ada la aku baca-baca beberapa buku tentang emas, antaranya

  • Zulkiflie Shafie - Wang Emas bertahan ketika gawat
  • Syukor Hashim - Menyingkap rahsia pelaburan emas (aku suka buku ni)



Lepas habis baca barulah aku mengorak langkah untuk memulakan simpanan emas. Jadi entri blog ini hanya sekadar 'nota pantas' sebagai ingatan tentang aku & emas.

(Nota - entri ini tidak bermakna aku dah jadi sifu/ paling arif tentang emas. Hanya sekadar berkongsikan sedikit pengalaman sahaja untuk panduan pembaca lain)

1) Jual beli emas ada dua jenis iaitu

  • Emas fizikal (nampak dan boleh pegang)
  • Emas maya (sekadar nombor dalam buku/app akaun semata-mata) 

"Emas fizikal" ni seronok dan paling meyakinkan sebab dapat produk di tangan. Cuma ia datang pada unit/jisim tertentu (macam 1g, 5g, 10g, 20g dan seterusnya), ditambah lagi dengan harga emas yang semakin melambung, kita tak akan kekal mampu untuk beli emas fizikal saban kali..

  • Mei2013 nak beli 1g kena bayar RM170 (masa ni rasa mampu lagi)
  • Mei2018 nak beli 1g kena bayar RM220 (masa ni dah mula berkira-kira sebab ada komitmen nak kahwin)
  • Mei2025 nak beli 1g kena bayar RM500 (mahal ni! Mana nak cekau duit untuk segedebuk 1g ni? Ada komitmen rumah, kereta, anak tadika, nafkah lagi)

Maka sebab itulah "Emas maya" diperkenalkan, untuk menggalakkan kita beli emas pada 'jisim' yang lebih rendah (akan sampai satu masa emas 1g harga RM1000. Masa ni nak suruh beli emas memang takkan terbeli langsung)

  • Mei2013 kalau luangkan RM100 dapatlah simpan 0.5882g dalam akaun (kiraan 4 titik perpuluhan)
  • Mei2018 kalau luangkan RM100 dapatlah simpan 0.4545g dalam akaun
  • Mei2025 kalau luangkan RM100 dapatlah simpan 0.2000g dalam akaun

Emas maya ni boleh beli (simpan) sikit-sikit. Lama-lama bila dah capai jisim 1g, bolehlah keluarkan (withdraw) untuk pegangan & simpanan sendiri. Kalau nak tunggu 5g atau lain-lain pun boleh je asalkan terus menyimpan. Sebaliknya kalau nak jual pun, syarikat/bank akan beli semula ikut harga semasa (duit masuk bank kita)

2) Bukan semua syarikat/bank menyediakan emas fizikal. Kena semak dulu sebelum beli 

  • Ada yang hanya jual emas maya semata-mata. Kena hati-hati sebab dari aspek hukum boleh jatuh haram jika tiada produk fizikal.
  • Ada syarikat mempunyai kuota emas yang sangat terhad. Cawangan ada banyak tapi kalau nak withdraw emas fizikal kena pergi HQ terpilih sahaja.  
  • Ada syarikat/bank yang menetapkan syarat jual beli yang leceh. Contohnya tak boleh buka plastik/bekas langsung, kalau tak, akan dianggap emas terpakai dan emas akan dibeli semula dengan harga yang rendah (kita akan rugi sebab tak dapat jual emas pada harga yang sepatutnya)

3) Interaksi kita dengan emas ni pada akhirnya berbalik pada salah satu dari tiga tujuan utama ni iaitu sama ada 

  • Menyimpan harta. Bila simpan dalam bentuk "emas" ni, kita tak mudah bocor duit untuk perkara lain. Contohnya 
    • Simpan RM100 sebulan selama 5 tahun (duit) akan dapat RM6000 (RM100 x 12 x 5)
      • Tapi tiap-tiap minggu log in account bank nampak duit menimbun-nimbun, tiba-tibalah rasa nak pergi travel, atau buat open table, eh beli baju raya lagi sepasang. Kawan pula nak pinjam RM3000. Semua on saja sebab duit dalam akaun dirasakan mampu.
      • Lagi masalah kalau orang ketiga yang tolong pegang duit simpanan kita. Senang je 'pinjam' kejap nak melaram. 
    • Simpan RM100 sebulan selama 5 tahun dalam bentuk emas 
      • Masa ni kita akan rasa tak ada duit sebab RM100 yang kita simpan itu tak ada dalam akaun (dah convert ke emas)
      • Orang nak pinjam, nak travel, open house semua automatik kita tak jadi geng sebab akaun bank takde duit
      • Akaun maya emas pula hanya berapa je. 60 bulan beli tengok-tengok ada 15.2343g je (contoh). Sebut 15g (tanpa sebut 'emas' kat siapa2 terasa sikit)
  • Berdagang - iaitu beli semasa harga murah, jual balik ketika tengah harga mahal. Kalau lakukan ni dapat untung sikit (perbezaan harga) tapi kena rajin & peka dengan harga emas semasa. 
  • Pelaburan jangka panjang. Ambil contoh tadi (yang simpan RM100 x 12 bulan x 5 tahun = RM6000)
    • Simpan bawah bantal = hasil akhir (kalau disiplin dan tahan nafsu shopping) dapatlah RM6000 tanpa faedah
    • Simpan bank = hasil akhir dapatlah RM6000 + faedah bank sikit
    • Simpan sebagai emas = hasil akhir dapatlah 15.2343g (ni kalau ikut harga 2018-2023). Eh sama ke dengan RM6000 yang asal? 
      • Kalau mei 2025 baru nak convert jadi duit jadilah (15.2343g x RM500) RM7617.15

4) Simpan emas ni terbaik buat secara sikit-sikit dan konsisten. Bukan nak suruh simpan 1g sebulan (kalau mampu, silakan buat). Tapi paling tidak RM100 sebulan pun tak apa.

  • Terutamanya masih tengah membina simpanan, asingkan sikit untuk emas (contoh nak simpan RM300 sebulan. Ambil RM100 darinya untuk emas, baki RM200 simpan ikut pelan simpanan biasa)

5) Emas itu satu aset bernilai. 

  • Dengan masa, harga emas akan sentiasa menaik (sebab permintaan emas sangat tinggi dan produk emas itu juga terhad. Bukan macam bank, boleh suka hati cetak duit baru)
  • Emas itu bernilai tak kira negara mana anda berada. Kalau tiba-tiba pindah negara Amerika ke, jual emas pun mereka akan beli harga rasmi.
  • Tak macam beli kereta atau handphone, walaupun bertukar tangan, harga emas masih tinggi.

6) Emas ini pelaburan jangka panjang. Kalau simpan tahun ni untuk guna tahun depan, walaupun untung sikit (sebab harga menaik) tapi anda tak akan rasa berbaloi. Sebaliknya kalau simpan 5 tahun atau lebih akan rasa kesan yang ketara.

7) Tak disyorkan menyimpan emas sebagai simpanan kecemasan. Boleh tu boleh je, tapi secara jangka pendek dah guna balik akan rasa tak berbaloi sebab tak balik modal asal. 

  • Sebaliknya asingkan simpan emas dan simpanan kecemasan 

-- hmm cukup dulu setakat ini. Kalau perlu lagi baru tulis nota tambahan --

Dalam hal menyimpan emas ni, aku memilih syarikat Public Gold.
  • Patuh syariah
  • Banyak Cawangan 
  • Ada perkhidmatan pos ke rumah (dah pernah cuba 2-3 kali. Alhamdulillah tak ada masalah)
Pelan simpanan aku ialah
  • Simpan emas maya "akaun GAP" setiap bulan
  • Bila cukup sesuatu kuantiti baru keluar untuk simpanan fizikal. 
  • Aku minat produk "Dinar". Nak buat koleksi.
Kalau rasa bermanfaat dan nak cuba simpan Public Gold. Boleh gunakan kod saya sebagai introducer. Terima kasih 

PG00165259
Syed Hazran
Sekadar Penyimpan Emas


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Jumaat Saiyidul Ayyam