Catatan

AI vs Artis

Imej
Baru ni heboh di media sosial tentang kemahiran Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI), secara spesifiknya ChatGPT dalam menghasilkan imej gambar lukisan mengikut gaya pelukis tertentu. Banyak contoh yang telah digunakan.. Akira Toriyama (Dragon Ball), Hayao Miyazaki (Studio Ghibli) dan lain-lain (aku tak fasih pekomik yang lain).. Dan paling hangat tersebar baru-baru ni ialah gaya Studio Ghibli. Banyak gambar raya kawan-kawan menggunakan fungsi Aplikasi AI tersebut.. Perkara ni ini menimbulkan isu besar dari pihak studio Ghibli yang mana pengasas berasa sangat jijik dengan penggunaan teknologi AI tersebut  Bacaan siaran yang berkaitan rujuk sini https://www.facebook.com/share/p/18cp51Z6Ck/ Dan tentulah isu ni menyebabkan ada dua kunpulan utama iaitu Menentang penggunaan AI meniru skil pelukis tertentu  Menyokong penggunaan AI tersebut Sebelum aku memilih pihak, jom kita cuba fikirkan apa di sebalik kaca mata masing-masing apabila diperkenalkan teknologi AI ni.. F...

Profil sebagai pembaca buku

Pesta buku antarabangsa KL berlangsung lagi. Beli lagi. Aku bukan seorang pembaca tegar, tapi aku berusaha untuk mencintai buku.  Jadi entri kali ini lebih kepada muhasabah diri dalam menilai kecenderungan aku terhadap buku. Melalui buku Projek Bibliofil, ada panduan / semak diri untuk aku lebih kenali diri dari aspek profil pembaca.. --Bahagian satu-- Jika seseorang mencadangkan anda membaca sebuah buku anda.. Jawapan aku: (A) hanya akan baca jika ia sesuatu yang disukai  Koleksi buku anda terdiri daripada.. Jawapan aku: (C) buku-buku berkualiti tinggi dan hampir kesemuanya sudah dibaca Jika perlu menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, anda akan.. Jawapan aku: (B) berjalan dari satu rak ke rak dan membelek satu persatu buku  Bagaimana anda mendapat maklumat tentang buku baru? Jawapan aku: (A) melalui media sosial dan laman web penulis buku  Jika seseorang bertanya tentang buku bagus terakhir yang dibaca, anda.. Jawapan aku: (C) tahu satu tajuk buku yang pas...

Tips Membaca Al-Quran

Imej
 Bismillah  Dah lama tak tulis blog. Kali ni terjumpa satu perkongsian di media sosial. Tersentuh niat kalau-kalau nak kongsikan lagi pada kaedah yang berbeza. Jadi simpan sini dulu.. --salin tampal dari hantaran media sosial -- TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. ‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..  ‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك . 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), ‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. ‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، . 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, ‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. ‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج و...

Bukan senang perkahwinan

Imej
Baru ni aku dapat sepina arahan untuk  menghadiri perbicaraan kes sebagai saksi Jadi kali pertama aku datang ke Mahkamah Syariah sepanjang hidup ini. Dan mahkamah syariah wilayah persekutuan ialah mahkamah pertama aku. Bertempat di dewan 9 (mahkamah rendah), persidangan bermula pukul 9 pagi. Ada 3 kes perbicaraan (mahkamah syariah berkenaan kes tuntutan penceraian) 1) Pasangan berumur 40-50 tahun, berkahwin 22 tahun, ada anak 2 orang. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bagi nafkah yang cukup untuk sekeluarga. 2) pasangan berumur 20 tahun, terjadi penceraian sebab suami minda tak tenteram sehingga tersebut lafaz. Kebetulan ada masalah kesihatan, jadi aku la yang kena beri penjelasan kepada tuan hakim.  3) ni aku tak pasti sebab aku dah beredar.. yang datang cuma suami sahaja. Pun kes cerai juga Fokus - Cabaran Perkahwinan  Bukan senang mengharungi bahtera perkahwinan. Suami & isteri akan mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Nafkah tak cukup, pasan...

Kita semakin berusia..

Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat.. Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja  35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy. Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu). Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama) Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan ...

Tamak Slot EH

Entri ni bersifat retrospektif iaitu bermula masa aku ambil alih tampuk kerja pengurusan (admin) KK Ampang.. Masa proses serah tugas, antara tugasan aku diberi ialah jadual kerja Klinik Rintis untuk Julai 2023 Klinik Rintis ialah program terbaru Jun 2023 - Sep 2023, yang mana KK Ampang beroperasi penuh 9am-93omalam, untuk meringankan beban kerja Hospital Ampang. Cuma anggota yang terlibat ialah staf dari pelbagai klinik, dibahagikan kepada 2 shift (pagi & petang). Apa yang menariknya klinik rintis ialah Kerja ini dibayar extended hour RM80 sejam.  Bilangan pesakit kat sini tak sampai 4 per jam (dengan kata lain, agak relax)  Jadi PKD Hulu Langat menetapkan sebilangan slot untuk pegawai KK Ampang bekerja klinik Rintis. Kalau ikut amalan ketua klinik sebelum ini (dan juga klinik Kesihatan lain), slot dibuka secara "siapa cepat dia dapat" Apa yang berlaku, pada saat aku umumkan slot tersebut, berlakunya kejadian bolot membolot slot. Ada satu geng F-A-I-N-A (5 orang), tiap-ti...

Orang biasa takde layanan istimewa

Imej
kalau baca blog syedzran Poliklinik Amal Medik Kota Damansara , secara ringkasnya: Mak Dah sakit lutut sejak dua menjak ni. Setelah bincang-bincang, akhirnya aku bawa ke klinik tersebut untuk rawatan. Klinik ini dipilih sebab doktornya ialah junior masa aku sekolah Rawang, namun dari mula sampai habis sesi rawatan doktor aku memilih untuk tutup identiti aku (aku hanya dikenali sebagai "anak pesakit" sahaja) Fokus - Orang biasa takde layanan istimewa Entah, sepanjang tempoh aku membesar dan menjadi dewasa, dah banyak kali dah nampak contoh-contoh orang ambil kesempatan - gunakan orang dan pangkat untuk dapatkan kelebihan  "Suka hati la saya tak nak buat appointment. Saya kawan baik ketua klinik sini. Dia cakap boleh walk in sahaja." "Saya pakar kat hospital XXX. Kamu kena prioritikan saya dulu. Orang lain tak penting" "Saya kawan baik pemilik kedai ni. Bagilah harga member-member" Dari dulu sampai sekarang, aku sangat menyanjungi Raja Jordan, Sult...