AI vs Artis

Baru ni heboh di media sosial tentang kemahiran Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI), secara spesifiknya ChatGPT dalam menghasilkan imej gambar lukisan mengikut gaya pelukis tertentu. Banyak contoh yang telah digunakan..

Akira Toriyama (Dragon Ball), Hayao Miyazaki (Studio Ghibli) dan lain-lain (aku tak fasih pekomik yang lain)..

Dan paling hangat tersebar baru-baru ni ialah gaya Studio Ghibli. Banyak gambar raya kawan-kawan menggunakan fungsi Aplikasi AI tersebut..

Perkara ni ini menimbulkan isu besar dari pihak studio Ghibli yang mana pengasas berasa sangat jijik dengan penggunaan teknologi AI tersebut 


Bacaan siaran yang berkaitan rujuk sini

https://www.facebook.com/share/p/18cp51Z6Ck/

Dan tentulah isu ni menyebabkan ada dua kunpulan utama iaitu

  • Menentang penggunaan AI meniru skil pelukis tertentu 
  • Menyokong penggunaan AI tersebut
Sebelum aku memilih pihak, jom kita cuba fikirkan apa di sebalik kaca mata masing-masing apabila diperkenalkan teknologi AI ni..

Fokus: dari kaca mata Pengguna (user)
Bagi semua pengguna termasuk aku, pengenalan teknologi AI ni ialah big life changer: yang mana bila nak hasilkan sesuatu yang menarik/gempak dah tak perlu usaha atau bayar lebih, hanya setakat prompt di smartphone saja 
  • Kalau kita ni kuli (pekerja) biasa, bos pula suruh buat iklan / poster / skrip / surat dan macam-macam kerja tambahan di samping kerja hakiki pula. Lagi pening kepala dibuatnya nak kena layan bos ni. Maka ketika itu, kita sangat berharap adanya yang membantu kita
  • Kalau bab berkaitan hobi pula, yang seronoknya boleh buat berulang-ulang. Buat 50 kali dah boleh dijadikan koleksi lepas tu jual. Alih-alih dapat untung.
  • Kualiti pula bukan basic, tapi almost perfect.
  • Jimat kos habis. Sama ada percuma habis atau sedikit bayaran (langganan) dah boleh ulang khidmat banyak kali. Kalau upah orang, ada had untuk semak/sunting. Kalau lebih kena bayar lagi. Adoi.
  • Tempa imej Bebas guna gambar apa (takde orang akan sebut/kritik/komen) "Gemuk la, hodoh, kereta ambil Google dll". 
Dengan manfaat yang ketara ni, semua pengguna berasa rancak dengan teknologi AI ni. Best memang best tapi..

Fokus: dari kaca mata Seniman/Artis/ Penulis (penghasil)
  • Timbul kekeliruan hak cipta
    • Contoh: AT seorang pelukis komik aksi DB. Jadi babak tertentu memang bukan gaya AT (macam lukisan l**ah, pelangi, furry, pro-is***l dan banyak lagi), yang mana kalau orang minta AT buat, memang AT akan tolak bulat-bulat
    • Tapi teknologi AI apa kisah pendirian AT. Yang penting, asalkan ada permintaan pengguna dan data teknik lukisan (diambil dari internet), semua terus jadi.
    • Kesannya orang lain boleh guna AI untuk hasilkan lukisan kontroversi. Tolong lukis gaya AT tapi babak lu***. Maka AT mudahnya menghasilkan permintaan. Bahkan secara meluas kalau permintaan tinggi
    • Orang yang tak kenal AT akan jumpa lukisan hasil AI ini dan mula mendapat impressi buruk pada AT.
    • Macam mana nak kenal mana satu ialah hasil siapa? Orang akan keliru.
  • Pada seniman, lukisan gambar bukan sekadar hasil. 
    • Secara umum, memang produk akhir yang menjadi titik penentu sesuatu karya.
    • Namun, ia buka segalanya. Bagi pengkarya, pada setiap proses menpunyai nilai tambah atau jiwa tersendiri
      • Dari lukisan ini ke lukisan 5 tahun akan datang adanya nilai progres hasil latihan
      • Setiap lukisan ada kisah di sebalik tabir hanya pengkarya yang tahu. Kenapa background sebegini, kenapa watak ni berdiri kenapa baju macam tu, kenapa sudut pandang macam tu dll.
      • Dengan nilai tambah ni, lukisan boleh dilukis semula bila-bila dengan kemahiran yang lebih baik
    • AI boleh tiru dari segi produk akhir, tapi nilai tambah tak ada
  • AI membantutkan perkembangan / kecerdasan manusia.
    • Manusia semakin belajar apabila buat sesuatu dengan sendiri. Tak perfect? Takpe, lukisan ke-534 pasti lebih baik dari lukisan ke-9. Itu progres.
    • Melukis ialah kemahiran fizikal yang sepatutnya anda kuasai (walaupun bukan fardhu ain, tapi anda kuasai menunjukkan anda ada nilai tambah manusia)
    • Tapi kehadiran AI membuatkan anda tak belajar kemahiran fizikal tersebut. Yang anda hanya tahu, bagi arahan saja. Internet takde line? Habislah anda. Tak ada elektrik? Habislah anda. Chat GPT shut down? Habislah anda. Tiba-tiba negara anda dilanda peperangan. Habislah anda.

Aku tak menolak AI secara total, namun aku meletakkan garis panduan untuk situasi tertentu.
  • Kerja last minute "bos suruh buat poster sempena majlis" --> minta tolong AI (tapi kreditkan jasa kepada AI sepenuhnya)
  • Produksi sendiri - kalau tak pandai Tanya AI untuk panduan tapi belajar lukis sendiri lebih baik.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Jumaat Saiyidul Ayyam