Maksud nama..
Sekali lagi aku mendapati bahawa maksud tersirat di sebalik nama aku terserlah ketika menjalani kehidupan seharian. Apa yang berlaku kali ni ialah aku menunggang skuter dengan lampu yang malap serta signal yang tak berfungsi. Jadi dah malam-malam ni kalau di jalan raya yang sibuk kena la super berhati-hati sikit >_<! Alhamdulillah, sebab aku selamat mengharunginya dan tulis entri ni.. Fokus - Nama itu suatu doa.. Untuk pengetahuan semua, Hazran itu adalah dari kata dasar Ha-dza-ro ( حذر ) iaitu perkataan arab yang bererti " berhati-hati ". Mungkin ada maksud yang lain, tapi setakat ini, aku diberitahu bahawa begitulah maksud nama aku. Sementara Syed pula adalah dari ejaan sin-ya'-dal ( سيد ) yang membawa maksud "tuan (ketua) ". Jadi kalau frasa nama "Syed Hazran" bermakna "ketua+berhati-hati". Sepanjang usia aku sampai sekarang, aku perasan betapa maksud nama aku ni begitu menyerlah. Pelbagai tindakan aku disertai dengan sifat ...