Mendidik anak kecil

Ketika sedang bekerja, aku melihat pelbagai keluarga datang membeli-belah sambil membawa anak masing-masing ^-^ aku memang boleh faham; tujuan asalnya tentulah para ibu bapa ingin menikmati suasana bersama anak-anak (misalnya membelikan mainan kegemaran mereka atau menunjukkan kepada mereka tentang kepelbagaian benda-benda). Aku sebagai orang luar yang melihat keluarga-keluarga ni pun turut berasa seronok..
(note - agar tak salah faham, dalam entri ni aku merujuk anak kecil kepada kanak-kanak dalam lingkungan 3-12 tahun, iaitu mereka yang sekurang-kurangnya dah mula mempunyai kemahuan sendiri tapi masih belum matang)

Namun, masalah berlaku bila si anak kecil ni mula buat perangai di tempat awam terutamanya apabila kemahuan mereka tak dituruti. Ada yang menangis kuat-kuat, ada yang bergaduh, ada yang berebut sesama adik-beradik. Serta-merta aku diingatkan tentang satu pepatah Melayu;

"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Dalam peristiwa sebegini, aku tertarik dengan cara mendidik si anak kecil berdasarkan pepatah tersebut. Iaitu maksudnya kalau kita sayangkan anak, maka hendaklah kita mendidik mereka dengan tegas dan berdisiplin sepanjang masa.
  • Kalau mereka buat kesalahan, maka hendaklah para ibu bapa menghukumnya dengan adil agar mereka lebih memahami bahawa kehidupan ni ada peraturan yang perlu dipatuhi.
  • Selain tu, kemahuan mereka perlulah dituruti pada kadar yang sederhana. Jangan dimanja-manjakan sangat sehingga apa sahaja yang mereka minta, semuanya diberi
Melihatkan peristiwa tu, tentulah aku sebagai orang luar akan rasa "kasihan kat budak tu tak dapat apa yang dia nak" tapi itulah. Teringatkan pepatah tersebut, aku rasa ada rasionalnya di sebalik apa yang berlaku.

Allahu akbar~

Jadi sebagai pengajaran untuk diri sendiri, nanti dah ada anak kecil aku tak boleh baik sangat untuk memenuhi kehendak anak ni, dikhuatiri anak membesar dengan mindset yang salah lalu menjadi degil tak nak dengar kata v_v 

Sedangkan Allah s.w.t juga mendidik manusia melalui undang-undang dan peraturan tegas iaitu yang terdapat dalam Al-Quran dan al-Hadith yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.. Jadi, memang ternyata peraturan tu sangat perlu bagi mendidik anak-anak sekalipun.. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

some other stream of thought...
sementara itu, terlintas dalam fikiran aku.. mungkin ke disebabkan perisitiwa pahit* (note - bukan merujuk pada contoh entri ni tapi sebaliknya peristiwa yang lebih teruk eg. child abuse, family dischord at home) yang berlaku melibatkan ibu bapa dan anak ni pada satu tahap membuatkan mereka jadi jahat dan ingin membalas balik pada satu masa hadapan? (dengan istilah psikologinya, boleh ke kata peristiwa pahit ni sebagai social predisposing factor ke arah perwatakan yang tidak baik)

Fikiran sebegini terlintas lantaran melihatkan remaja sekarang semakin ramai yang menjadi degil dan tak nak dengar kata ibu bapa. Banyak juga diperdengarkan anak yang tidak berbakti kepada ibu bapa pada usia tua mereka.. ada yang menghantar ke rumah orang tu, dan bagi kes yang lebih teruk sampai membunuh.. 

Namun, dari pengalaman aku meluangkan masa bersama kanak-kanak, aku ingin menafikan kemungkinan demikian sebab biasanya kanak-kanak ni tak simpan dalam.. kalau marah/ merajuk /sedih pun, pujuk-pujuk sikit terus lupa langsung perasaan tersebut.. tapi misterinya kenapa kita yang dewasa ni tak sedemikan? wujudnya pelbagai emosi negatif (eg. hasad dengki, dendam dll) kesan dari sesuatu konflik..
"Ya Allah, aku memohon agar diriku, keluarga dan sahabatku dijauhkan dari segala sifat mazmumah tersebut.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)