Berdikari!

Huh, penatnya menjalani kehidupan seharian.. >_<! Lagi-lagi sejak tinggal di rumah sendirian (ibu bapa keluar berjalan-jalan di tempat orang selama beberapa hari), banyak perkara perlu diuruskan sendiri. Makan, pakaian, jaga rumah dan macam-macam lagi aktiviti di rumah..

Alhamdulillah ^-^ Pada tahap ni, aku mampu berdikari iaitu melakukan kerja/ rutin tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi agaknya bilakah permulaan bagi aku hidup berdikari ni..??

Cabaran pertama di SMKSJ 2001-2003
Kalau difikirkan semula, segalanya bermula sejak aku sekolah berasrama ketika tingkatan satu dulu. Dah la baru je lepas pindah dari Kerteh, Terengganu. Lepas tu, terus masuk sekolah asrama pula >_<! maka di sinilah titik permulaan kehidupan aku secara berdikari. Semua perkara kena belajar urus sendiri (eg. menggosok baju sekolah, basuh baju, makan 'stok' secara berkala, soal perbelanjaan dll)

Selain itu juga, kehidupan di asrama ni ada jadual tersendiri: kena bangun awal dan solat subuh berjemaah, sarapan, dan pergi ke sekolah (kalau sekolah pagi), balik pula, makan tengah hari dan rehat-rehat kejap, kemudian ada sesi prep pula (prep ni senang faham adalah masa studi/ buat kerja sekolah), dan petangnya pelajar digalakkan pergi bersukan. Kemudian makan malam, dan maghrib-isyak di surau, lepas tu prep sekali lagi. Selepas itu, ada minum malam dan akhirnya pelajar perlu tidur.

Demikianlah sedikit sebanyak tentang jadual di asrama. Pada mulanya aku pun homesick dan menangis sendirian selama 3 hari, namun Alhamdulillah pada akhirnya aku dapat membiasakan diri.

cabaran kedua di SBPiR 2004-2005
Yang menariknya, aku perasan dalam diri aku ni ada niat untuk maju ke hadapan (cuba adaptasi dan berubah untuk menghadapi cabaran). Padahal, pada masa yang sama pernah terlintas dalam diri aku untuk bertindak regressive (misalnya terus menangis dan mengharapkan bantuan kawan-kawan untuk melakukan rutin harian bagi pihak aku). Alhamdulillah sangat-sangat..

Seterusnya, cabaran berdikari diperhebat di sekolah berasrama penuh yang mana, peraturan menjadi semakin ketat. (kena pakai skema pergi prep, tak boleh tengok TV sekerap sekolah lama, balik sebulan sekali je dll). Namun semuanya itu InSya Allah adalah salah satu latihan untuk membentuk jati diri dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia luar bila sampai "masa"nya nanti..

"Masa" yang disebutkan itu (yang aku faham la) ialah merujuk kepada kehidupan selepas tamat sekolah, masa ni kita akan dibiarkan mengharungi cabaran, takde orang yang boleh kawal/nasihat diri kita selain diri sendiri..

Maka bila aku fikir-fikirkan, jadual aktiviti yang diperkenalkan ketika di asrama ternyata memberi impak.. Baru la aku nampak logik dan rasionalnya di sebalik apa yang berlaku di asrama dulu. Jadi disebabkan pernah melalui kehidupan yang 'terpaksa berdikari' dulu tu, aku yakin cabaran sekarang tidak banyak bezanya.. In SyaAllah, bukanlah sesuatu yang dikatakan susah untuk dilakukan. Seperti mana firman Allah dalam 2:286:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Alhamdulillah~ ^-^ oh ya, ayat ni bukan sekadar perlu diyakini, tapi perlu juga usaha dan doa. InSyaAllah~

----------------
Eh, aku ada kumpulkan semua nasihat dalam satu page isi kandungan, jemputlah lawat & ambil (mesej) mana-mana yang berkesan --> koleksi nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)