Kembara-5
" The thought of working every single day can be depressing v_v maybe I should take a break & getaway some where.. " - status facebook bertarikh 21 Mac 2015 Kemudian, sejenak masa berlalu aku mendapat ajakan daripada seorang sahabat baik di universiti dulu.. "Nak pergi kenduri Ain (kat Paka) ? sambil tu boleh la jalan/relax sikit.." - ajaknya Maka sekali lagi, bermula lagi kembara episod kembara aku.. Oh ya, perjalanan kali ni mengaktifkan pelbagai fokus, jadi kita teliti satu persatu la ye.. Fokus A - berlepas daripada kerumitan?! " Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga; Bermusafirlah kerana bagi musafir itu terdapat lima kelebihan; (1) terlepas dari kerumitan (2) dapat meningkatkan kualiti hidup (3) kaya dengan ilmu & pengalaman (4) berpengetahuan luas tentang adab & budaya serta (5) mendapat ramai kenalan " - Ali bin Abi Talib (entri kembara ada tulis)