Kalau anak belajar..
Tatkala aku menyelusuri laman sosial facebook, maka aku berjumpa satu komik nasihat maka ingin sekali aku kongsikan sekali lagi dalam blog ni. Semoga mesej yang tersirat berjaya disampaikan kepadaku (pada masa akan datang) serta kepada sesiapa yang berkenaan.. kredit kepada laman damncomic page (facebook) atas komik berhiknah ni.. Spoiler komik! - babak dimulai oleh watak ibu sedang memarahi anak lelaki yang mendapat prestasi tidak bagus dalam peperiksaannya. Kemudian si ibu berbalah-balah dengan anak sehingga si ibu membuat keputusan untuk menyorokkan game PS2 anaknya agar menggalakkannya belajar. Babak seterusnya, si bapa pulang ke rumah dari kerja, bertegur sapa dengan si ibu dan anak sebelum terus menonton TV. Sedang rancak menonton perlawanan bola, si bapa teringat bahawa si anak sedang mengulangkaji pelajaran lantas memperlahankan suara TV sambil muhasabah masa silamnya. Pada pengakhiran komik, si bapa tutup suis TV dan menyertai si anak dalam pelajarannya.. ---- ...